LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018
- Super User
4 JANUARI 2018 (KHAMIS) – Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dilaksanakan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada 12.50 tengah hari. Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh En. Kamrul bin Sidek selaku timbalan setiausaha kejohanan. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu kadang kala mendung dan hujan renyai, kejohanan tetap diteruskan.
Tuan Pengetua En. Salleh b AB Bakar tetap bersemangat melepaskan pelajar untuk memulakan larian merentas desa bagi tahun 2018 ini.
Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti. Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar SMKDG.
Perasmian penutup Kejohanan Merentas Desa 2018 telah disempurnakan oleh En. Ahmad Ridzuan b Salim pegawai daripada JPNT. Seterusnya beliau turut menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah berjaya mengharumkan rumah sukan masing-masing.Juara keseluruhan Merentas desa pada kali ini adalah rumah SAAD (Merah).
HARI PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA 2018
- Super User
Pada 31 Disember 2017 telah diadakan hari pendaftaran sekolah & Asrama. Pendaftaran asrama bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. di ikuti pula dengan pendaftaran sekolah. Pendaftaran sekolah berjalan lancar dan dipantau oleh pegawai daripada unit SPI, JPNT.
SENARAI KEPERLUAN PELAJAR HARIAN TINGKATAN SATU TAHUN 2018
- Super User
BERIKUT KEPERLUAN UNTUK PELAJAR HARIAN TINGKATAN SATU 2018
Read more: SENARAI KEPERLUAN PELAJAR HARIAN TINGKATAN SATU TAHUN 2018
Majlis Temu Murni bersama ibu bapa pelajar Tingkatan 3
- Super User
Pada 14 September 2017, Majlis Temu Murni bersama ibu bapa pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di SMKA Durian Guling. Para pelajar dan ibu bapa mula mendaftar di Dewan makan Aspura bermula jam 11.00 pagi. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyerahkan keputusan peperiksaan pelajar kepada ibu bapa dan membincangkan prestasi terkini pelajar serta tingkah laku atau sebarang permasalahan pelajar. Ibu bapa juga berpeluang untuk bertanya kepada guru tentang pendidikan serta penglibatan anak-anak dalam aktiviti yang diadakan di sekolah.
Program ini diharap dapat meningkatkan potensi pelajar dan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan diri dan sekolah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir ke sekolah dalam memastikan kecemerlangan anak-anak.
CERAMAH MOTIVASI OLEH RAJA SHAMRI
- Super User
MARANG 12 SEPT, Bertempat di dewan Utama IKBN Wakaf tapai telah diadakan satu program motivasi kepada pelajar PT3 dan SPM. Program ini adalah anjuran Unit Kaunseling SMKADG dan dikendalikan oleh YM DR. Raja Shamri bin Raja Hussin merupakan seorang penceramah motivasi yang terkenal di Malaysia. Raja Shamri mendapat pendidkan awal di SK Kampung Raja Pasir Puteh dan SMK Gaal Pasir Puteh Kelantan.
YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin dilahirkan pada 25 Mac 1975 di Kampung Wakaf Bunut,Pasir Puteh Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) di peringkat menengah. Setahun sahaja di SMSM, beliau terpaksa belajar ke sekolah harian biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi. Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh.
Setelah menamatkan pelajaran di MRSM beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan kemudiannya ke Northern Arizona University USA di bawah program anjuran MARA mengikuti kursus di bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur. Disebabkan rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA mengikuti kursus di Bidang Pengangkutan pula. Beliau berpengalaman sebagai motivator selama enam belas tahun.
Melalui Program Motivasi ini, Dr Raja Shamri berkongsi pengalaman hidupnya sebagai pelajar cacat yang miskin dan berjalan menggunakan kaki kayu. Beliau mengingatkan pelajar supaya memberi tumpuan semasa belajar untuk mudah memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru.Beliau juga menasihati pelajar supaya datang awal ke sekolah dan membantu mengangkat barang yang dibawa oleh guru. Pelajar SMKADG juga menasihati pelajar supaya menjauhi daripada menjauhi daripada hubungan cinta yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Dr Raja Shamri juga menjadikan kisah kemiskinan keluarga yang menjadikan beliau seorang yang benar-benar tabah dan sentiasa mahu mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat sebagai ikibar untuk menjadi pelajar cemerlang. Kecatatan juga bukanlah penghalang untuk pelajar mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam hidup. Antara pesanan Dr Raja Shamri kepada pelajar-pelajar SMKADG ialah, pelajar hendaklah sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif, jaga solat subuh,bentuk personaliti diri yang hebat,kurang makan ,ramai kawan,berdikari dan tidak pernah putus asa serta sentiasa berdoa kepada Allah. Semoga program ini memberi banyak manafaat kepada pelajar-pelajar SMKADG
Mukhayyam cinta al quran
- Super User
MARANG 7 SEPT, SMKADG telah mengadakan satu kem yang diberinama "Mukhayyam cinta al quran" bagi pelajar kelas Tammayuz bersama ustaz Rizal di Anggulia Ressort Marang
Menurut Pengarah Kem ini, Pn Rokiah Bt Hassan (PK-KO), penyertaan yang dibuka kepada pelajar kelas Tammayuz ini bertujuan untuk menanamkan semangat keazaman untuk cintakan Al-Quran, menghafal dan membaca Al-Quran dengan sebaiknya.
Ujar beliau lagi, selain penekanan aspek hafalan Al-Quran, para peserta turut dibimbing untuk mempraktikkan budaya menggunakan hadis dalam aspek perbualan dan pertuturan.
Program gabungan yang berlangsung selama tiga hari ini diisi dengan Sesi hafalan Quran, Kisah Teladan daripada surah pilihan disamping aktiviti Qiamulail, Motivasi , Eksplorace Hafazan dan pelbagai lagi aktiviti menarik.