• LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah “Core Bussiness” bagi setiap guru dan murid-murid yangbelajar di sekolah ini. Penetapan ini mengambil kira keperluan Pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah sekolah harian di bawah kelolaan jabatan Pendidikan negeri Terengganu. Ketetapan yang dibuat akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini.

 

  • OBJEKTIF
    • Ketetapan kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
    • Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
    • Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik mengikut aspek 3.1.1 SKPMG2 iaitu ketetapan perlaksanaan kurikulum.
    • SKPMG2 menjadi alat pengerusan sekolah, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti sekolah dan kualiti kemeniadian murid.

 

  • ASAS KETETAPAN KURIKULUM
    • Penyataan Ketetapan
      • Ketetapan kurikulum sekolah hendaklah sepanjang masa selari dengan arus perdana system dan dasar Pendidikan Kebangsaan.
      • Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang.
      • Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai Pendidikan dan kurikulum semasa iaitu DSKP dan KSSM terkini
      • Pada setiap masa, program akadamik mestilah diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik.

 

  • JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
    • Penyataan Ketetapan
      • Mesyuarat jawatankuasa kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di sekolah.
      • Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 2018.
      • Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah bedasarkan SKPMG2 STANDARD 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3 dan 3.1.4.
      • Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam mesyuarat Panitia dan maklum balas sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kurikulum.
      • Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran beserta Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

 

  • Jawatankuasa Kurikulum Melibatkan Personel Berikut :

 

Pengerusi              : Pengetua

Naib Pengerusi I   : Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi II  : Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi IV : Penolong Kanan tingkatan 6

Setiausaha             : Setiausaha Kurikulum

AJK                          : Semua Guru Kanan mata Pelajaran

                                   Semua Ketua Panitia

                                   Guru Perpustakaan dan Media

                                   Setiausaha Peperiksaan

                                Setiausaha STPM

                                   Setiausaha SPM

                                   Setiausaha PT3

                                   Setiausaha PBD

                                   Setiausaha Dialog Prestasi

                                   Penyelaras Jadual Waktu

                                   Guru Bimbingan dan Kaunseling

                                   Penyelaras i-Think

                                   Penyelaras KBAT

                                   Penyelaras Google Classroom/ICT

                                   Penyelaras Tingkatan

                                  

 

 

 

 

 

 

 

  • Agenda Mesyuarat Kurikulum
    • Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum melibatkan perkara perkara yang berikut berdasarkan format mesyuarat PKPA Bil.2/1991
  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat
  3. Perkara Berbangkit / maklumbalas mesyuarat
  4. Perkara-perkara Baharu
  5. Pembelajaran dan Pengajaran
  • Kaedah PdP
  • SP, DSKP, RPT, RPH, PBD dan PLC
  • Pencerapan PdPc bedasarkan STANDARD 4 SKPMG2 dan DIMENSI 3 dalam PBPPP
  • Pencerapan panitia
  • Semakan buku Latihan
  1. Penilaian, Peperiksaan dan Pentaksiran Bilik Darjah
  • Analisis Peperiksaan STPM, SPM, PT3 dan Peperiksaan Dalaman
  • Post Mortem Peperiksaan STPM, SPM, PT3 dan Peperiksaan Dalaman
  • Headcount
  1. Belanjawan
  2. Prancangan Program, Projek dan Aktiviti Kurikulum
  3. Dapatan dan Laporan Dialog Prestasi
  • Dasar-dasar KPM CTH : PBPPP, MMI, SKPMG2, STEM dan lain-lain
    • Pengetua mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
    • Semua ahli mesyuarat akan membentangkan tindakan yang telah diambil terhadap perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat lalu secara lisan dan bertulis (Maklum Balas Mesyuarat}
    • Semua agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum hendaklah dibincangkan semula dalam mesyuarat panitia.
    • Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum

 

 

 

 

 

  • PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
    • Penyataan Ketetapan
      • Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 dan Surat siaran 600-5/1/4 Jld. 8 (6) Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran serta KPM.600-5/1/4 Jld. 8 (5) Pemantapan Pengoperasian Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
      • Pengurusan panitia mata pelajaran juga perlu memfokuskan SKPMg2 standard 3 (pengurusan panitia mata pelajaran ) dan standard 4 (Pengajaran dan pembelajaran) sebagai alat pengurusan mata pelajaran dan pengajaran

 

Ketua Panitia perlu mengurus pelaksanaan mata pelajaran dengan:

  1. Memperoleh Dokumen Kurikulum (DSKP/SP/RPT/RPH)
  2. Menyelaras penyediaan RPT dan RPH (Minit Mesyuarat pertama)
  • Menyelaras Pentaksiran (Minit Mesyuarat pertama)
  1. Menyelaras tugasan murid (Minit Mesyuarat kali pertama)
  2. Menganalisis data dan maklumat pentaksiran (Analisis dan post martem)
  3. Mengambil tindakan susulan (Kertas kerja program / aktiviti panitia)

 

Ketua Panitia mengurus program peningkatan kualiti pengajaran guru dengan;

  1. Merancang program pembangunan profesionalisme yang berkaitan dengan mata pelajaran (Perancangan Taktikal / Jadual LADAP Panitia / PLC / Kertas Kerja)
  2. Melaksanakan program profesionalisme yang berkaitan dengan mata pelajaran (Laporan program / Tentatif program)
  • Menilai keberkesanan program (Post mortem / Minit mesyuarat)
  1. Mengambil tindakan susulan (Program penambahbaikan / Dokumen yang berkaitan)

 

Ketua Panitia mengurus program peningkatan pencapaian murid dengan:

  1. Merancang program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran (Perancangan Taktikal / Perancangan Aktiviti peningkatan akademik / Kertas kerja)
  2. Melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran (Laporan program / Tentatif program)
  • Menilai keberkesanan program (Post mortem / Minit mesyuarat)
  1. Mengambil tindakan susulan (Program penambahbaikan / Dokumen yang berkaitan)

 

Ketua Panitia memanfaatkan bantuan geran perkapita mata pelajaran dengan;

  1. Merancang perbelanjaan (Anggaran Belanjawan / Minit Mesyuarat pertama)
  2. Melaksanakan perbelanjaan (Nota minta / Invois / Pesanan Kerajaan / Dokumen Kewangan yang berkaitan)
  • Memanfaatkan sumber pendidikan (Rekod penggunaan)
  1. Merekodkan penerimaan dan penggunaan sumber pendidikan (KewPS / KewPA)

 

  • Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran hendaklah memastikan semua ahli memperoleh Dokumen Kurikulum seperti DSKP, RPT yang telah diselaraskan bagi setiap tingkatan.
  • Setiap Panitia Mata Pelajaran juga perlu menyelaraskan penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (e-RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  • Maklumat e-arph tahun semasa perlu dilengkapkan selewat-lewatnya minggu ketiga sesi persekolahan untuk disemak oleh Guru Kanan Mata Pelajaran.
  • Semua guru dikehendaki menghantar e-RPH yang lengkap pada hari Khamis setiap minggu persekolahan.
  • Semua guru mesti menyediakan Rekod Persediaan Mengajar berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999.
  • Kemenjadian murid, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengurusan panitia dengan kerjasama ahli-ahlinya.
  • Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV , OT I dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran dalam panitia.
  • Semua panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran.
  • Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui setiausaha
  • Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak/folder panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua panitia.
  • Semua fail panitia mesti diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diakses di bawah pemantauan Guru Kanan Mata Pelajaran.
  • Ketua Panitia bertanggung jawab memantau fail induk panitia di pejabat sekolah dan memastikan semua fail panitia sentiasa dikemaskini.
  • Ketua Panitia mata pelajaran dikehendaki mengumpul maklumat diri dan jadual waktu persendirian ahli-ahli panitia selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan bermula.
  • Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran pelajar  supaya tidak berlaku teguran bahagian audit sekolah
  • Ketua Panitia mata pelajaran dikehendaki merancang anggaran belanjawan panitia dalam mesyuarat panitia kali pertama
  • Ketua Panitia mata pelajaran perlu mengisi nota minta dan berbincang dengan Guru Kanan Mata Pelajaran sebelum membuat pembelian.
  • Pengurusan pembelian barang adalah sehingga bulan Oktober tahun semasa dan digalakkan membuat pembelian daripada pembekal bumiputera dan pembekal dalam negeri.
  • Ketua Panitia dikehendaki merekod penerimaan dan penggunaan barang dalam tempoh dua minggu selepas pembelian dibuat.
  • Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masing-masing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.

 

  • KETETAPAN PELAKSANAAN PdPc

 

  • Semua guru masuk ke kelas dan meninggalkan kelas tepat pada masa yang telah ditetapkan dan mengikut jadual persendirian yang telah diedarkan.
  • Semua guru melaksanakan proses PdPc mengikut masa dan mata pelajaran yang telah ditetapkan bagi kelas berkenaan.
  • Semua guru menghayati, memahami dan melaksanakan PdPc berdasarkan DSKP TERKINI yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran KSSM berpusatkan murid dan guru sebagai pemudahcara perlu menerapkan lima standard asas PAK 21 iaitu KEMAHIRAN KOLABORATIF, KEMAHIRAN KOMUNIKASI, KREATIVITI, PEMIKIRAN KRITIS DAN NILAI MURNI DAN ETIKA.
  • Semua guru melaksanakan PdPc mengikut Standard 4 SKPMG2 yang boleh meningkatkan kemenjadian murid iaitu;
    • Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan:
  1. Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai.
  2. menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc
  • menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK

 

  • Guru mengawal proses pembelajaran dengan;
  1. Mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang
  2. Mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran
  • Memberi peluang kepada penyertaan aktif murid

 

  • Guru mengawal suasana pembelajaran dengan:
  1. Mengawasi komunikasi murid dalam PdPc
  2. Mengawasi perlakuan murid dalam PdPc
  • Menyusun atur kedudukan murid
  1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

 

  • Guru membimbing murid dengan:‎
  1. Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai isi pelajaran/konsep/fakta berkaitan pelajaran
  2. Memberi tunjuk ajar/tunjuk cara/panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti pembelajaran
  • Memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran
  1. Memandu murid menggunakan/ memanfaatkan sumber pendidikan berkaitan pelajaran
  2. Menggabung/merentas/mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk /unit/tema/nilai/kemahiran/matapelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran.

 

  • Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan:
  1. Merangsang murid berkomunikasi.
  2. Merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran.
  • Mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif
  1. Mengajukan soalan/mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
  2. Mewujudkan peluang untuk murid memimpin
  3. Menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran.
  • Menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.

 

  • Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan:
  1. Memberi pujian/galakan terhadap perlakuan positif.
  2. Memberi penghargaan terhadap hasil kerja/ idea yang bernas
  • Memberi keyakinan dalam mengemukakan soalan/memberi respons.
  1. Prihatin terhadap keperluan murid.

 

  • Guru melaksanakan penilaian dengan:
  1. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc
  2. Menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam PdPc.
  • Memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran.
  1. Membuat refleksi PdPc.
  2. Menyemak/menilai hasil kerja/gerak kerja/ latihan/tugasan.

 

  • Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran dengan:
  1. Memberi respons berkaitan ‎isi pelajaran.
  2. Berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
  • Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif.
  1. Memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan ‎isi pelajaran.
  2. Mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
  3. Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/ isu lokal/global
  • Membuat keputusan/menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran.

 

  • Profesionalisme guru mestilah berlandaskan E1 hingga E5 di bawah DIMENSI 1, PBPPP.
  • Semua guru mesti melaksanakan Amalan KBAT dalam PdPc dan menggunakan Teknik Penyoalan KBAT.
  • Pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu ( Dasar MBMMBI bagi menggantikan Dasar PPSMI ).
  • Semua guru mata pelajaran Sains dan Sains Tulen wajib melaksanakan amali di makmal sains mengikut jadual waktu makmal yang telah ditetapkan.
  • Penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong PdPc di bilik darjah.
  • Pembelajaran berasaskan e learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman sesawang digalakkan dan akan diperluaskan
  • PdPc di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian.
  • Semua guru memberi dan menyemak latihan bertulis/tugasan murid sekurang-kurangnya mengikut standard minimum latihan.
  • Semua guru wajib menghabiskan Sukatan Pelajaran untuk setiap kelas yang diajar dalam tempoh tahun semasa. Jika perlu, kelas tambahan mesti dikendalikan oleh guru berkenaan. Bagi kelas peperiksaan sukatan pelajaran mesti diselesaikan sebelum peperiksaan percubaan dan dicadangkan pada bulan Julai.
  • Mata Pelajaran Sivik dilaksanakan dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan. Guru hendaklah merujuk Modul Exampler bagi setiap mata pelajaran yang berkaitan di Tingkatan 1,2,3 dan 4 (RUJUKAN : SS KPM BIL 7 2015)
  • PKJR perlu dilaksanakan secara penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tinggkatan 3 selama satu jam.

 

  • KETETAPAN BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU AMALI SAINS, BUKU LATIHAN DAN LATIHAN MINIMUM

 

  • Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-konsep dalam matapelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
  • Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993
  • Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam PdP sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 .
  • Guru mestilah memberilatihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc. Latihan murid hendaklah disemak dan memastikan murid membuat pembetulan. Guru mesti menurunkan tanda tangan, mencatat tarikh semakan dan memberi peneguhan seperti markah, gred atau ulasan yang sesuai
  • Jumlah latihan/tugasan minimum dan jenis latihan, bilangan buku latihan, buku amali, modul, fail, buku nota, buku kerja hendaklah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia kali pertama berdasarkan keperluan di dalam Sukatan Pelajaran dan DSKP mata pelajaran masing-masing.
  • Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, dan tinggi.
  • Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaanhendaklah dihargai dengan apa juga cara yang boleh dibincangkan di peringkat panitia .
  • Semua guru dikehendaki memberi latihan/tugasan semasa cuti sekolah (Cuti Pertengahan Penggal, Cuti Pertengahan Tahun, Cuti Akhir Tahun) supaya murid dapat mengulangkaji pelajaran. Jumlah dan bentuk soalan perlu diselaraskan dalam mesyuarat panitia.

 

  • KETETAPAN PAKEJ MATA PELAJARAN
    • Pemilihan pakej mata pelajaran adalah mengikut SPI KPM BIL 6 TAHUN 2019 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) Dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020 dan SPI BIL 9 TAHUN 2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017.

 

  • Murid Menengah Rendah (Tingkatan 1 -3) akan mengikuti mata pelajaran berikut;

 

TINGKATAN

MATA PELAJARAN

 

SEMUA KELAS  TINGKATAN 1, 2

 DAN 3

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

SAINS

SEJARAH

GEOGRAFI

PENDIDIKAN ISLAM

BAHASA ARAB

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

KELAS 1 NASAIE, 2 NASAIE DAN

3 NASAIE

ASAS SAINS KOMPUTER

 

 

 

 

 

  • Murid Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5) akan mengikuti pakej mata pelajaran seperti berikut;

 

TINGKATAN

M/P TERAS

M/P WAJIN

M/P ELEKTIF

PAKEJ STEM A

5 BUKHARI

5 NASAIE

4 BUKHARI

4 NASAIE

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

SEJARAH

MATEMATIK

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

FIZIK

KIMIA

BIOLOGI

MATEMATIK TAMBAHAN

BAHASA ARAB

PEND. ALQURAN & ASSUNAH

PEND SYARIAH ISLAMIAH

PAKEJ STEM B

5 TIRMIZI

4 TIRMIZI

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

SEJARAH

MATEMATIK

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

FIZIK

KIMIA

MATEMATIK TAMBAHAN

PRINSIP PERAKAUNAN

BAHASA ARAB

PEND. ALQURAN & ASSUNAH

PEND SYARIAH ISLAMIAH

PAKEJ KEMANUSIAAN

5 SHAFIE

4 SHAFIE

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

SEJARAH

MATEMATIK

SAINS

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

MATEMATIK TAMBAHAN

PRINSIP PERAKAUNAN

BAHASA ARAB

PEND. ALQURAN & ASSUNAH

PEND SYARIAH ISLAMIAH

PAKEJ KEMANUSIAAN

5 GHAZALI

4 GHAZALI

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

SEJARAH

MATEMATIK

SAINS

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

EKONOMI

PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAHASA ARAB

PEND. ALQURAN & ASSUNAH

PEND SYARIAH ISLAMIAH

PAKEJ KEMANUSIAAN

5 KINDI

4 KINDI

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

SEJARAH

MATEMATIK

SAINS

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAHASA ARAB

PEND. ALQURAN & ASSUNAH

PEND SYARIAH ISLAMIAH

 

  • Murid Menengah Atas (Tingkatan 6) akan mengikuti pakej mata pelajaran seperti berikut;

PAKEJ/ALIRAN

TINGKATAN

MP TERAS

MP WAJIB

MP ELEKTIF

AGAMA

6 SEM 2/3 BUK

Pengajian AM

Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Syariah, MUET

Usuluddin

6 SEM 2/3 NAS

KEMANUSIAAN

6 SEM 2/3 TIR

Bahasa Arab, Bahasa Melayu, MUET

Ekonomi

6 SEM 2/3 SHA

Sejarah

AGAMA

6 SEM 1 BUK

Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Syariah, MUET

Usuluddin

6 SEM 1 NAS

Ekonomi

6 SEM 1 TIR

Sejarah

 

  • Penempatan Pakej Tingkatan 4
    • STEM A
  1. Murid yang mendapat Gred A/A atau A/B atau B/A dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PT3 akan ditempatkan ke kelas STEM A
    • STEM B
  2. Murid yang mendapat Gred A/B atau B/A atau B/B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PT3 akan ditempatkan ke kelas STEM B
    • Bagi murid yang tidak terpilih untuk STEM A dan STEM B, mereka boleh menduduki Ujian Tapisan pada minggu kedua persekolahan.
    • Bagi murid yang ingin menukar pakej dan yang berminat untuk pakej STEM juga akan menduduki ujian tapisan.

 

  • KETETAPAN PENGEKALAN DAN KEMASUKAN TINGKATAN 4
    • Pengekalan dan kemasukan murid ke tingkatan SMKA berdasarkan KPMSP 800-1/1/2 Jilid 2 bertarikh 13 Oktober 2017 : SURAT PEMAKLUMAN GARIS PANDUAN BAHARU PELAKSANAAN DASAR PENGAMBILAN DAN PERTUKARAN MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DAN KELAS ALIRAN AGAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2018
    • Semua murid PT3 SMKA Durian Gulling wajib memperoleh keputusan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
  1. Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam empat (4) mata pelajaran
  2. Sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Matematik dan Sains
  • Sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab
  1. Mencapai tahap minimum (Gred E) dalam mata pelajaran lain
  2. Mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam PAJSK
    • Bagi murid yang mendapat Pangkat D dalam mata pelajaran Bahasa Arab, Matematik dan diminta membuat rayuan untuk kekal di sekolah ini dan boleh dipertimbangkan jika ada kekosongan.
    • Semua murid yang dipindahkan masuk ke tingkatan empat SMKA Durian Guling memperoleh 6A termasuk Sains dan Matematik, memperoleh Gred B dalam mata pelajaran lain dan Gred C dalam Bahasa Arab.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • KETETAPAN JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI/RELIEF

 

  • Jadual waktu disusun mengikut pelaksanaan KSSM 2017 dan Surat Siaran MPEI 2016
  • Penetapan Jadual Waktu adalah berpandukan ASPEK 3.1.3 SKPMG2 : PENGURUSAN MASA INSTRUKSIONAL

Jawatankuasa Jadual Waktu menguruskan masa PdP dengan;

  • Menyediakan jadual waktu induk, jadual waktu kelas, jadual waktu guru, jadual waktu guru ganti dan jadual penggunaan bilik khas
  • Melaksanakan PdPc seperti yang dijadualkan
  • Menyusun semula jadual waktu
  • Menyelaras program sekolah
    • Jadual waktu yang telah disahkan oleh pengetua akan diedarkan kepada guru dan murid selewat-lewatnya tiga hari sebelum penguatkuasaan jadual waktu tersebut.
    • Pengagihan mata pelajaran diberi keutamaan seperti berikut;
  • Opsyen pengkhususan
  • Pengetahuan dan kepakaran (pemeriksa kertas peperiksaan awam, penggubal soalan peperiksaan awam, guru AKRAM, guru cemerlang)
  • Pengalaman mengajar
  • Keperluan Strategi sekolah dan komitmen guru terutama kelas peperiksaan STPM, SPM dan PT3
    • Bilangan waktu mengajar pentadbir adalah mengikut SPI KPM BIL 11/2007
    • Bilangan waktu mengajar guru media, guru bestari dan guru data (SPI KPM BIL 7/2018 dan SPI KPM 3/2005) dan mengikut keperluan sekolah serta persetujuan guru berkenaan.
    • Bilangan waktu mengajar guru penolong/akademik adalah antara 25 – 29 waktu seminggu mengikut keperluan sekolah.
    • Jadual waktu PdPc akan diubah dari semasa ke semasa apabila berlaku pergerakan keluar dan masuk guru di sekolah.
    • Apabila jadual baru dikeluarkan maka jadual yang sebelumnya akan terbatal.
    • Berikut ialah agihan waktu mengajar KSSM mengikut SPI KPM BIL 9/2016 bertarikh 2 November 2016.

 

 

 

 

 

PERUNTUKAN MASA MINIMUN JAM SETAHUN KSSM MENEGAH RENDAH

BIL

MATA PELAJARAN TERAS

JAM/TAHUN

1

BAHASA MELAYU

128

2

BAHASA INGGERIS

112

3

MATEMATIK

112

4

SAINS

112

5

SEJARAH

64

6

PENDIDIKAN ISLAM

128

 

MATA PELAJARAN WAJIB

 

7

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

64

8

GEOGRAFI

48

9

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

ASAS SAINS KOMPUTER

64

10

PENDIDIKAN SENI VISUAL

32

 

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

 

11

BAHASA ARAB

96

12

PERHIMPUNAN

16

 

            PERUNTUKAN MASA MINIMUN JAM SETAHUN KSSM MENENGAH ATAS

BIL

MATA PELAJARAN TERAS

JAM/TAHUN

1

BAHASA MELAYU

128

2

BAHASA INGGERIS

112

3

MATEMATIK

112

4

SAINS

112

5

SEJARAH

64

 

MATA PELAJARAN WAJIB

 

6

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

64

 

MATA PELAJARAN ELEKTIF STEM

 

7

FIZIK

96

8

KIMIA

96

 

BIOLOGI

96

 

MATEMATIK TAMBAHAN

96

 

MATA PELAJARAN ELEKTIF BAHASA

 

 

BAHASA ARAB

96

 

MATA PELAJARAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM

 

 

PENDIDIKAN AL QURAN DAN ASSUNAH

96

 

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

96

 

MATA PELAJARAN ELEKTIF SASTERA IKHTISAS DAN KEMANUSIAAN

 

 

PRINSIP PERAKAUNAN

96

 

EKONOMI

96

 

PENDIDIKAN SENI VISUAL

96

  • Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuam mesuarat kurikulum.
  • Berikut adalah Jadual Waktu sesi persekolahan

WAKTU

HARI BIASA

HARI PERHIMPUNAN RASMI / SUMUR

Perhimpunan Harian

7.10 – 7.30 pagi

Perhimpunan Rasmi

7.15 - 8.20 pagi

1

 

2

 

3

 

4

7.30 – 8.05 pagi

 

8.05 – 8.40 pagi

 

8.40 – 9.15 pagi

 

9.15 – 9.50 pagi

8.20 – 8.55 pagi

 

8.55 – 9.30 pagi

 

9.30 – 10.05 pagi

 

10.05 – 10.40 pagi

5 ( Rehat SMR )

9.50  – 10.10 pagi

10.40 – 11.00 pagi

5 SMA

 

6 SMR

9.50 – 10.25 pagi

 

10.10 – 10.45 pagi

10.40 – 11.10 pagi

 

11.00 – 11.30 pagi

6 ( Rehat SMA )

10.25 – 10.45 pagi

11.10 – 11.30 pagi

7

 

8

 

9

 

10

10.45 – 11.20 pagi

 

11.20 – 11.55 pagi

 

11.55 – 12.30tghari

 

12.30 – 1.05petang

 

11.30 – 12.00 tghari

 

12.00 – 12.30 tghari

 

12.30 – 1.00 petang

 

1.00 – 1.30 petang

11

 

12

1.05 – 1.40 petang

 

1.40 – 2.15 petang

1.30 – 2.00 petang

 

2.00 – 2.30 petang

13 Solat

2.15 – 2.40 petang

2.30 – 2.55 petang

Catatan :

  1. SMR ( Ting. 1 , 2 & 3 ) SMA ( Ting.4, 5 & 6 )
  2. Hari Selasa - Masa Kokurikulum -(1.05 - 4.30petang )
  3. Hari Rabu - 1M1S - (3.00 - 4.30 petang)
  4. Hari Khamis : PdPc SMR berakhir 1.05 petang

 

 

  • Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat /menjalankan tugas rasmi di luar sekolah akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti atau Relief.
  • Guru yang bercuti mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti / Modul Relief yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Relief tersebut .
  • Tugasan dalam Modul Relief hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran dan pencapaian dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan.
  • Jadual waktu relief disediakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran secara bergilir-gilir mengikut hari yang telah ditetapkan oleh pengurusan sekolah.
  • Slip Jadual relief disediakan dan diedarkan oleh AKP yang bertugas sebelum 7.30 pagi hari berkenaan.
  • Keutamaan pemberian waktu relief kepada guru yang mempunyai 5 waktu mengajar atau kurang dari 5 waktu mengajar pada hari berkenaan. Sekiranya keadaan memerlukan guru yang mempunyai lebih 5 waktu mengajar akan diberikan jadual relief.
  • Salinan jadual relief juga akan dihebahkan melalui aplikasi telegram rasmi sekolah sebagai rujukan warga sekolah.
  • Semua guru yang mendapat jadual relief mesti hadir ke kelas berkenaan dan melaksanakan PdPc kelas yang diamanahkan.
  • Guru relief bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan murid kelas berkenaan.

 

  • KETETAPAN PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN

 

  • Pencerapan dilaksanakan secara terancang mengikut jadual yang disediakan. Walau bagaimanapun pengetua boleh melakukan pencerapan secara ad-hoc/spontan.
  • Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya dua kali setahun oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia yang berpengalaman dan Guru Cemerlang dengan menggunakan instrumen Standard 4 PdPc SKPMg2
  • Instrumen Standard 4 SKPMG2 – PdPc melibatkan perkara berikut;
  • Guru sebagai perancang
  • Guru sebagai pengawal
  • Guru sebagai pembimbing
  • Guru sebagai pendorong
  • Guru sebagai penilai
  • Murid sebagai pembelajar aktif
    • Penyemakan buku latihan/buku kerja/buku nota/modul/tugasan murid akan dikendalikan dua kali setahun oleh semua pengurusan sekolah
    • Jawatankuasa Pencerapan dan pemantauan perlu membuat laporan lengkap  pada pertengahan dan akhir tahun untuk dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan  penambahbaikan .

 

  • KETETAPAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL STAF / LADAP

 

  • Semua guru dikehendaki meningkatkan kompetensi masing-masing melalui latihan / kursus jangka pendek dan jangka panjang, pembelajaran sepanjang hayat, membuat kajian tindakan dan lain-lain untuk meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan.
  • Semua guru yang menjalani latihan sekurang-kurangnya 5 hari setahun dan latihan 7 hari digalakkan dan memenuhi 42 mata kredit (SURAT SIARAN KPM.500-6/8/4 JLD 6 (17) bertarikh 8 Januari 2018.
  • Pengecualian daripada menghadiri latihan/kursus hanya dengan kebenaran pengetua.
  • Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM, JPN, PPD perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.
  • GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.
  • Setiausaha LADAP perlu merekodkan skor LADAP dalam SPLKPM selepas latihan staf dan disahkan oleh pengetua atau penganjur kursus.
  • Semua Ketua Panitia wajib merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru termasuk kursus berkaitan dengan KBAT sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan menjalani PLC sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan direkodkan ke dalam sistem SPLKPM untuk mendapatkan jumlah jam kredit.
  • Setiap panitia juga perlu mengadakan program kolaboratif bersama panitia lain atau sekolah lain sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • GKMP dan Ketua panitia bertanggungjawab memastikan setiap guru melaksanakan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan / inovasi bagi mata pelajaran masing-masing.
  • Semua kursus yang telah dilaksanakan hendaklah dibuat penilaian seterusnya mengambil tindakan susulan yang berkaitan
  • Pengurusan LADAP hendaklah berdasarkan SKPMG2 ASPEK 2.1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.

 

 

 

  • KETETAPAN PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
    • Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik adalah program lanjutan daripada proses PdPc di bilik darjah dan perlu diurus mengikut Standard Kualiti 3.1.2.3
    • Tujuan program peningkatan akademik adalah
      • Menghabiskan sukatan pelajaran
      • Melaksanakan aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah
      • Melaksanakan aktiviti pengukuhan bagi murid yang sederhana
      • Melaksanakan aktiviti pengayaan bagi murid yang cemerlang
      • Meningkatkan prestasi mata pelajaran
      • Menggantikan kelas yang tidak dapat dilaksanakan pada waktu persekolahan
      • Meningkatkan kemahiran murid seperti kemahiran belajar, teknik menjawab soalan, kemahiran KBAT/i-think dan lain-lain.
      • Meningkatkan motivasi belajar di kalangan murid
    • Program peningkatan akademik dikelolakan oleh;
      • Guru mata pelajaran – untuk kelas yang diajar
      • Ketua Panitia – untuk mata pelajaran
      • Penyelaras Projek – untuk projek masing=masing
      • Penyelaras Projek Khas – untuk program yang dirancang
    • Ketua Panitia mata pelajaran dikehendaki membincangkan Program peningkatan prestasi mata pelajaran mengikut keperluan dengan mengambil kira potensi dan keupayaan semua murid. Keberkesanan dan penambahbaikan program perlu dibincangkan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
    • Semua program dilaksanakan secara profesionalisme dengan amalan 5P (Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian dan Penambahbaikan)

 

  • KETETAPAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

 

  • Semua guru melaksanakan penilaian dan peperiksaan sekurang-kurangnya 3 kali setahun berdasarkan SKPMG2 ASPEK 3.1.4 PENGURUSAN PENILAIAN MURID

 

STANDARD KUALITI 3.1.4.1 PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN DIURUS SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG

 

Mengurus Peperiksaan dan Pentaksiran dengan;

  1. Merancang Peperiksaan dan Pentaksiran
  2. Menyelaras Peperiksaan dan Pentaksiran
  • Melaksanakan Peperiksaan dan Pentaksiran
  1. Menganalisis data dan maklumat Peperiksaan dan Pentaksiran
  2. Mengambil tindakan susulan / Intervensi
    • Semua guru mata pelajaran perlu menganalisis data dan maklumat peperiksaan dan pentaksiran selepas setiap kali peperiksaan dijalankan dan melaksanakan tindakan/program susulan dan penambahbaikan.
    • Ketua Panitia mata pelajaran bertanggungjawab menyediakan post mortem mata pelajaran bagi estiap peperiksaan dan membentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
    • Setiausaha Peperiksaan perlu menyediakan Jadual Peperiksaan dan Pentaksiran yang telah ditetapkan oleh sekolah, PPD dan JPNT.
    • Setiausaha peperiksaan juga perlu menyediakan jadual kerja peperiksaan yang merangkumi;
  • Tarikh peperiksaan
  • Tarikh penyediaan soalan
  • Guru penyedia soalan (dicadangkan oleh panitia mata pelajaran)
  • Tarikh key in markah
    • Takwim peperiksaan dan pentaksiran adalah seperti berikut;

BIL

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

TINGKATAN

MASA/BULAN

1

PBD

T1 – T5

SEPANJANG TAHUN

2

SEGAK

T1 – T5

MAC DAN OGOS

3

TOV

T3 DAN T5

FEBUARI

4

UJIAN SUMATIF MAC

T1, T2 DAN T4

MAC

5

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

T1 – T5

MEI

6

PBS SPM (PA DAN PSV)

T5

MAC – JULAI

7

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

T3 DAN T5

OGOS

8

PEPERIKSAAN PT3

T3

OKTOBER

9

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

T1, T2 DAN T4

OKT – NOV

10

PEPERIKSAAN SPM

T5

NOV – DIS

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Penyediaan Soalan Peperiksaan
    • Panitia menetapkan dan menyelaraskan tajuk-tajuk yang akan diuji setiap kali peperiksaan.
    • Ketua Panitia Mata Pelajaran akan membincangkan agihan tugas penyedia soalan penilaian dan peperiksaan dalam tempoh satu tahun persekolahan dalam mesyuarat panitia pertama dan dimaklumkan kepada setiausaha peperiksaan.
    • Guru-guru yang menggubal soalan ujian atau peperiksaan perlu menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan tidak dibenarkan menggunakan kaedah potong dan tampal.
    • Semua soalan bertulis dan soalan kerja kursus disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi Item (JSI) yang telah diluluskan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran

 

  • Pengawasan Peperiksaan
    • Pelaksanaan dan pengawasan peperiksaan adalah mengikut jadual waktu persendirian guru.
    • Guru wajib masuk ke kelas semasa waktu senggang peperiksaan untuk mengelakkan murid daripada melepak di sekitar sekolah.
    • Guru pengawas peperiksaan hendaklah memastikan bilik/dewan peperiksaan dalam keadaan bersih, susunan kerusi meja teratur dan rapi, laci meja menghala ke hadapan dan tiada buku nota/catatan pada murid
    • Guru sebelum rehat meneruskan pengawasan sehingga 10 minit dan guru selepas rehat mengambil alih tugas pengawasan 10 minit lebih awal.
    • Guru pengawas yang memulakan peperiksaan mengambil kertas soalan dan dikehendaki masuk ke kelas selewat-lewatnya 10 minit sebelum peperiksaan bermula.
    • Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki menulis maklumat peperiksaan mata pelajaran, kod matapelajaran, tempoh masa pada papan tulis serta mengisi ersam kawalan peperiksaan.
    • Guru pengawas yang menamatkan peperiksaan akan mengumpul kertas jawapan murid dan memastikan bilangan kertas jawapan murid yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir pada hari tersebut untuk mengelakkn keciciran kertas jawapan murid.
    • Guru pengawas yang menamatkan peperiksaan juga perlu menyerahkan sendiri (hand to hand) kertas jawapan murid ke dalam kotak yang disediakan di bilik peperiksaan. Guru pemeriksa hendaklah mengambil kertas jawapan tersebut pada hari berkenaan.
    • Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas soalan peperiksaan atau kerja ersama murid atau membaca apa juga bentuk bahan cetakan atau menggunakan telefon bimbit sewaktu mengawasi peperiksaan.
    • Pengawasan perlulah dilaksanakan dengan penuh integriti untuk mengelakkan penyelewengan seperti meniru, bercakap, mengedar maklumat dan lain-lain.
    • Guru Disiplin atau guru bertugas dikehendaki membuat rondaan ke tandas murid sebelum peperiksaan bermula dan semasa peperiksaan dijalankan supaya murid tidak menyimpan bahan rujukan di tandas.

 

 

 

 

 

 

  • Kehadiran murid sepanjang masa peperiksaan
    • Kehadiran murid sepanjang peperiksaan dijalankan adalah wajib.
    • Murid yang TIDAK HADIR KERANA MEWAKILI SEKOLAH dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari berikutnya. Kertas jawapan disemak, diberi markah dan diambil kira dalam pengiraan markah purata.
    • Murid yang TIDAK HADIR KERANA SAKIT ATAU MASALAH PERIBADI diberi kebenaran menduduki peperiksaan sekiranya murid tersebut memohon menduduki peperiksaan. Kertas soalan ditanda, diberi markah dan diambil kira dalam markah purata.

 

  • Penyelewengan semasa peperiksaan
    • Apabila murid disyaki meniru, ersama berikut diambil:
  • Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.
  • Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan menyerah laporan ersama bukti penyelewengan kepada PK HEM.
  • Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan
  • Jika murid disahkan melakukan penyelewengan
  • Guru matapelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi memberi markah kosong kepada murid berkenaan.

 

  • Pemeriksaan Skrip Jawapan Murid
    • Semua skrip jawapan murid diperiksa oleh guru mata pelajaran dan diberi markah berdasarkan peraturan/skema pemarkahan
    • Semua skrip jawapan murid yang telah diperiksa hendaklah dikembalikan kepada murid dalam tempoh satu minggu selepas tarikh peperiksaan kertas berkenaan.

 

  • Pemarkahan dan Gred
    • Pemarkahan dan gred hendaklah mengikut sistem SAPS.

                        Skala Gred dan Markah Menengah Rendah ( Tingkatan 1, 2 dan 3 )

Markah

Gred

85

100

A

70

84

B

60

69

C

50

59

D

40

49

E

0

39

F

TIDAK HADIR

TH

 

 

 

 

 

 

 

Skala Gred dan Markah Menengah Atas ( Tingkatan 4 dan 5 )

Markah

Gred

90

100

A+

80

89

A

75

79

A-

70

74

B+

65

69

B

60

64

C+

50

59

C

45

49

D

40

44

E

0

39

G

TIDAK HADIR

TH

 

                        Skala Gred dan Markah STPM

Markah

Gred

70

100

A   (4.00)

60

69

A-  (3.67)

56

59

B+ (3.33)

53

55

B   (3.00)

50

52

B-  (2.67)

45

49

C+ (2.33)

40

44

C   (2.00)

36

39

C-  (1.67)

33

35

D+ (1.33)

30

32

D   (1.00)

0

29

F   (0.00)

 

 

 

       

 

 

 

 

 

  • Keputusan Peperiksaan Dalaman
    • Slip keputusan peperiksaan dalaman individu akan diedarkan kepada murid/ ibu bapa murid dalam tempoh tiga minggu selepas Tarikh peperiksaan terakhir diduduki oleh murid.
    • Slip keputusan peperiksaan mesti ditandatangani oleh guru kelas dan pengetua.
    • Satu Salinan Slip Keputusan Peperiksaan Individu dimasukkan ke dalam fail peribadi murid.

 

  • Sistem Rekod dan Fail Peperiksaan
    • Semua rekod/dokumen peperiksaan serta fail-fail yang berkaitan dengan peperiksaan dalaman akan ditempatkan di bilik peperiksaan.
    • Analisis peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam diperbanyakkan untu Salinan pengetua, semua penolong kanan, semua guru kanan mata pelajaran dan semua ketua panitia.
    • Sebarang dokumen/maklumat peperiksaan hendaklah dirujuk di bilik peperiksaan. Dokumen peperiksaan tidak boleh dikeluarkan/dipindahkan ke lokasi lain tanpa kebenaran Setiausaha Peperiksaan.

 

  • Pengurusan Pentasiran Sekolah (PS)
    • Semua guru wajib melaksanakan pentaksiran sekolah
    • Penjaminan Kualiti diselaraskan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran
    • Pentaksiran Sekolah meliputi 4 komponen utama iaitu;
  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. Pentaksiran Pusat (PT3)
  • Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)
  1. Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kesihatan (SEGAK)
    • Ujian Formatif dilaksanakan setiap kali PdPc berlangsung untuk mengesan keberkesanan PdPc serta tahap penguasaan murid.
    • Skor PBD Formatif direkodkan secara sistematik dalam system offline sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Oktober.
    • Guru dikehendaki menyediakan instrument pentaksiran mengikut pelbagai tahap penguasaan berasaskan DSKP KSSM.
    • Penyediaan instrument pentaksiran berdasarkan DSKP juga mesti dimasukkan soalan KBAT.
    • Semua instrument penilaian diuruskan melalui proses penyelarasan dan pengesahan dalam penjaminan kualiti.
    • Semua murid hendaklah diberi bimbingan sehingga mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (TP4) bagi semua mata pelajaran.
    • Penilaian Kerja Kursus atau Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) harus diulang oleh guru sehingga murid mendapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan.
    • Semua guru mata pelajaran SPM (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran dan Assunnah, Prinsip Perakauanan dan Pendidikan Seni Visual) wajib melaksanakan ULBS/Kerja Kursus dalam tempoh yang telah ditetapkan dan melengkapkan maklumat PBS di dalam fail Panitia dan Fail PBS.
    • Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling meliputi Ujian Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya serta Ujian Aptitud mengikut jaduan yang telah ditetapkan.
    • PAJSK dikendalikan oleh guru penasihat kokurikulum dan guru kelas dikehendaki memasukkan markah/skor serta gred dalam system mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
    • Aktiviti SEGAK dikendalikan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
    • Data dan rekod aktviti SEGAK diuruskan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan perlu di key in dalam system dua kali setahun mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

 

  • KETETAPAN PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN
    • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid dan guru merupakan aspek motivasi yang berkesan bagi memupuk semangat menuntut ilmu di kalangan murid dan guru.
    • Panduan Pemilihan Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik;

 

BIL

Jenis Anugerah

Catatan (Kriteria / Syarat-syarat/ Dll)

1.0

 

 

 

 

1.1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.0

 

 

 

 

2.1

 

 

 

 

 

 

 

 

2.2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.3

 

 

 

 

 

KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN SEKOLAH

 

 

 

Anugerah kepada Murid

 

1.1.1 Anugerah emas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.1.2 Anugerah Perak

 

 

 

 

 

1.1.3 Anugerah Gangsa

 

1.1.4 Anugerah Khas Pengetua

 

 

ANUGERAH MAJLIS APRESIASI (KECEMERLANGAN AKADEMIK)

 

Anugerah  kepada Murid

 

2.1.1 Sijil Penghargaan

 

 

 

 

Anugerah kepada Panitia

 

2.2.1 Anugerah Emas

 

 

 

 

 

 

2.2.2 Anugerah Perak

 

 

 

 

 

 

2.2.3 Anugerah Gangsa

 

 

 

 

 

Anugerah Khas

 

2.3.1 Anugerah Tokoh Pelajar AS Shafie

 

 

 

 

 

Anugerah Lain

Berdasarkan keputusan

Peperiksaan Pertengahan Tahun /

Peperiksaan Akhir Tahun /

Peperiksaan Percubaan PT3/ SPM/ STPM atau STPM Semester 2

 

 

Dianugerahkan  Sijil Anugerah Emas kepada murid terbaik bagi setiap tingkatan yang telah mencapai minimum

3.8 – 4.0 (Tingkatan 6)

9A – 11A (Tingkatan 4 dan 5)

8A  - 9A (Tingkatan 1,3 dan 3)

 

 *Jemputan ke Jamuan Makan Bersama

Pengurusan selepas Peperiksaan Percubaan PT3, SPM dan STPM kepada pelajar yang memperoleh 6A – 9A (T3)

8A – 11A (T5)

3.4 – 4.0 (T6)

 

 

 

Dianugerahkan Sijil Anugerah Perak kepada murid bagi setiap tingkatan yang telah memperoleh:

3.4 – 3.7 (Tingkatan 6)

7A – 8A (Tingkatan 4 dan 5)

6A  - 7A (Tingkatan 1,2 dan 3)

 

Dianugerahkan kepada murid terbaik bagi setiap kelas.

 

Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah melonjak dalam peperiksaan melebihi pencapaian sebelumnya setelah diputuskan oleh panel penilai.

 

 

Berdasarkan keputusan Peperiksaan PT3/ SPM/STPM:

 

 

 

Dianugerahkan  Sijil Penghargaan kepada murid terbaik PT3/SPM/STPM yang telah memperoleh;

-          Straight A (PT3)

-          8A – 11A (SPM)

-          3.4 – 4.0 (STPM)

 

 

Dianugerahkan kepada guru matapelajaran yang telah menghasilkan peningkatan peratus pencapaian GPMP berbanding tahun sebelumnya

-          PT3 – (20% ke atas)

-          SPM – (30% ke atas)

-          STPM – (30% ke atas)

 

Dianugerahkan kepada guru matapelajaran yang telah menghasilkan peningkatan peratus pencapaian GPMP berbanding tahun sebelumnya

-          PT3 – (15% ke atas)

-          SPM – (20% ke atas)

-          STPM – (20% ke atas)

 

Dianugerahkan kepada guru matapelajaran yang telah menghasilkan peningkatan peratus pencapaian GPMP berbanding tahun sebelumnya

-          PT3 – (10% ke atas)

-          SPM – (10% ke atas)

-          STPM – (10% ke atas)

 

 

*Dianugerahkan kepada murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum.

*Berdisiplin, bertanggungjawab, berketerampilan

  dan penampilan imej yang terpuji.

*Menjadi suri teladan (Role Model) kepada pelajar

  lain.

 

*Akan disampaikan dalam Majlis Apresiasi / Majlis Kecemerlangan sekolah pada tahun berkenaan mengikut kesesuaian penyertaan dan diputuskan oleh Panel Penilai / Pengurusan Sekolah.

 

 

                      

 

 

SEKIAN, TERIMA KASIH

SEMOGA APA YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN MEMBUAHKAN HASIL DAN MENDAPAT BERKAT SERTA REDHA ALLAH.

 

 

 button-muat-turun-dasar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JADUAL KELAS

jadual

v.22.8.1

GALLERY

2023

  

2021

2018

VIDCO

Pautan

 

Pautan Agensi

Pautan JPN

Pengetua

92cd5478-42b1-4da8-b65f-93c8928b25d5

USTAZ NAZRI BIN NGAH

Social Media

 

google

 

BULETIN DGES

photo-2022-12-11-23-06-43

MAYA

Carian

Go to Top
JSN Epic 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework