SMKA Durian Guling telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan negara ke-60 bertemakan "Negaraku Sehati Sejiwa". Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga 6, dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).

Antara acara yang telah dilaksanakan ialah pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat SMKADG, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan mengarang , pertandingan menulis esei kemerdekaan, kuiz kemerdekaan, Pertandingan Keceriaan Kelas Edisi Khas sempena Bulan Kemerdekaan, dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Pengetua SMKADG, En. Salleh b AB Bakar turut menyarankan agar semua guru menyelitkan unsur-unsur kemerdekaan ke dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran sepanjang tempoh sambutan. Menurut Ketua Panitia PSK, Pn. Rafeah bt Musa, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri setiap warga sekolah tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, dan betapa pentingnya setiap daripada kita berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik keadaan negara.

Selain program-program yang dijalankan, infrastruktur fizikal SMKADG turut dihiasi dengan Jalur Gemilang dan pelbagai paparan yang berkonsepkan kemerdekaan dan nilai-nilai patriotik bagi mewujudkan suasana ceria dan meningkatkan semangat warga sekolah untuk meraikan sambutan tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat SMKADG, dan mengharapkan agar semua akviti yang dilaksanakan mencapai matlamat yang diharapkan.

JADUAL KELAS

jadual

Twitter Pendidikan

maszlee
maszlee Tahniah UiTM kerana bersama KPM dalam merealisasikan autonomi pelajar! www.nst...
KemPendidikan
KemPendidikan KEMASUKAN IPG: 5,430 PELAJAR LAPOR DIRI, LALUAN KHAS BAGI GOLONGAN B40 DAN CALON MBK Lebih 5,000 orang pelajar mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) serentak di seluruh negara bermula hari ini. www.fac... pic.twi...
KemPendidikan
KemPendidikan KEPUTUSAN tawaran baharu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan rayuan mengikuti Program Matrikulasi Sesi 2019/2020 akan diumumkan 17 Jun 2019 pic.twi...
KemPendidikan
KemPendidikan Penduduk di sekitar Taman Pulai Jaya, Taman Pulai Emas, Pulai Perdana 2 dan Kangkar Pulai boleh menarik nafas lega apabila sekolah rendah dan menengah yang sedang dalam pembinaan bakal beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 2020. www.fac... pic.twi...
afterschool_my
afterschool_my Do you know which subjects you should score if you want to pursue engineering? What about the specific subjects for the different branches of engineering? Now's the time to find out! #Engineering #SPM2019 #StudySmart #Revision pic.twi...

Pautan

Pengetua

Social Media

 

 

Carian

Go to Top
Template by JoomlaShine