Tuan  Guru  Haji  Shafie  bin  Haji  Sulong
 

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah KebangsaanAgama Durian Guling atau nama ringkasnya SMK (A) Durian Guling, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Kampung Durian Guling ( KM21 Jalan  Kuala  Berang). Jarak daripada bandar Marang adalah 18km manakala jarak daripada pekan Bukit Payong adalah sejauh 6km. Berhampiran SMKADG  terdapat beberapa buah sekolah iaitu SMK Bukit Sawa dan SK Bukit Sawa. Sekolah ini juga berada tidak jauh daripada beberapa pusat pengajian teknikal seperti Kolej TESDEC dan Institut Latihan Perindustrian Marang.


SMKA Durian Guling diasaskan oleh Tuan Guru Haji Shafei bin Haji Sulongpada tahun 1954 dengan keluasan bangunan 70 kaki panjang X 14 kaki lebar dengan seramai 9 orang murid. Mula dikenali sebagai Madrasah Mazahir Al-Ulum atau pun Pondok Durian Guling. Seterusnya, pada tahun 1968 pondok ini telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Ia dirasmikan pada tahun 1969 dan dikenali sebagai Sekolah Agama Durian Guling. Pada tahun 1994 SMA Durian Guling telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Persekutuan (JAPIM) dan ditukar dengan nama SMKA Durian Guling.

 

 
 
 
 Perasmian SMKDG Pada 1969

 

Pada awalnya SMKADG berada dalam gred B, namun selepas tahun 1995 sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah agama harian berasrama, namun 40 % muridnya tinggal di luar. Selepas pembinaan asrama tambahan siap dibina, pelajar yang tinggal di asrama meningkat kepada 60%. Berpegang pada slogan BELAJAR BERJASA dan   moto BERIMAN, BERILMU, BERAMAL – SMKA Durian Guling terus bergerak gagah mengharung arus perdana bagi memastikan sekolah ini terus mencatat kecemerlangan dalam semua aspek termasuk kurikulum, kokurikulum  dan sahsiah.  Dengan mengamalkan konsep  kerja sebagai ibadah, semua guru dan staf  menggembleng tenaga secara kolektif bagi memastikan setiap murid menerima pendidikan berkualiti bagi mencapai tahap terbilang. Hasil peningkatan pemuafakatan dalam kalangan guru,murid, ibu bapa dan masyarakat dalam urusan pendidikan di sekolah ini sudah pasti akan merealisasikan falsafah SMKA dan hasrat JPNT dan KPM untuk mencapai pendidikan terunggul, bertepatan dengan pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan  Fasa 9 pada tahun 2014.


    Sejak awal penubuhannya hingga sekarang, sekolah ini mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi enrolmen pelajar, bilangan kelas, guru dan kakitangan bukan guru.Kemudahan prasarana dan keceriaan turut di tambah baik dari semasa ke semasa.Data terkini menunjukkan enrolmen murid 961 orang pelajar, 90 orang guru dan 21 orang kakitangan bukan guru.SMKADG telah ditadbir dan dipimpin oleh sembilan belas orang pengetua.Antaranya adalah seperti berikut mengikut sejak penubuhan sekolah ini.

BIL

SENARAI NAMA PENGETUA

TAHUN

1

DATO’ ABDUL KHALID BIN MOHD ZIN

12 Jan 1967 – 1 Jan 1969

2

DATO’ HJ YUSOF HADI BIN HJ AHMAD

2 Jan 1969 – 19 April 1970

3

EN. ABDULLAH BIN MOHAMAD

20 April 1970 – 4 Jan 1975

4

HJ. MOHD BIN ALI

5 Jan 1975 – 21 Feb 1975

5

HJ. YUSOF EMBONG BIN IBRAHIM

22 Feb 1975 – 21 Jun 1975

6

HJ. MOHD KASSIM BIN SULAIMAN

22 Jun 1975 –1 Jan 1977

7

HJ. NAWAWI BIN MUSTAFA

2 Jan 1977 – 31 Nov 1980

8

HJ. OMAR BIN MUDA

1 Dis 1980 – 25 April 1981

9

HJ. SULAIMAN BIN ALI

26 April 1981 – 16 Nov  1986

10

HJ. MOHD BIN MOHD ZIN

17 Jan 1986 – 14 Julai 1991

11

HJ. WAN YUSOF BIN HJ. WAN NIK

15 Jul 1991 – 30 Nov 1992

12

EN. MOHD YUSOF BIN OTHMAN

1 Jan 1993 – 30 April 1994

13

HJ. OTHMAN BIN MUDA

17 Mei 1994 – 30 Ogos 1995

14

HAJAH NAPISAH BT DATO’ MUHD SAID

1 Sept 1995 – 28 Jan 2004

15

HAJAH ZAKIAH BT SALLEH

29 Jan 2004 – 21 Dis 2005

16

TUAN HJ. CHIK BIN MAMAT

22 Dis 2005 – 7 April 2008

17

HJ. MUSTAFA BIN EMBONG

29 Jul 2008 – 23 Nov 2011

18

HAJAH KAMARIAH BT ALI

11 Jan 2012  - 27 Jul 2015

19

EN. SALLEH BIN AB BAKAR

1 Okt 2015 - Sekarang

 

    Peringkat awalnyaSMKA Durian Guling  ini bermula di tingkatan satuhingga lima sahaja tetapi pada tahun 1996 tingkatan 6 dibuka.Proses pemilihanpelajar tingkatan satu dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan berdasarkan pencapaian 5A dan 4A 1B dalam peperiksaan UPSR. Pembelajaran di sekolah ini adalah pembelajaran satu sesi.

 

 

JADUAL KELAS

jadual

Login

GALLERY

 

Twitter Pendidikan

KemPendidikan
KemPendidikan Kaedah pembelajaran perlu diubah Utusan Online 17 Dis 2017
MahdzirKhalid
MahdzirKhalid Ketahui jenis info yg kita terima melalui media sosial. Jangan terikut-ikut dengan persepsi umum… www.instagram.com/p/BcwoA6JHoeh/
MahdzirKhalid
MahdzirKhalid Kita jamu selera di kedai makan.Meskipun kita membayar atas perkhidmatan para pelayan,masih wajar utk tetap ucap #terimakasih .Budayakan sikap berterima kasih.
MahdzirKhalid
MahdzirKhalid Seperti juga diri kita, setiap murid itu ada kelebihan yg tersendiri.Beri peluang mrk tonjolkan bakat & kecenderungan.

Pautan

Pengetua

http://s4.postimg.org/6stpg6qrh/SALLEHABBAKAR.jpg

Social Media

 

 

Carian

Rss Module

Go to top