Pencapaian Akademik/Kokurikulum

 

            Pencapaian SMKA Durian Guling dalam bidang akademik adalah amat memberangsangkan. Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah meningkat dari 3.78 (Tahun 2011) kepada 3..54 (Tahun 2012) dan terus meningkat lagi kepada 3.37 (Tahun 2013). Walau bagaimanapun tahun 2014 menurun sedikit kepada 3.45 dan menurun  pada tahun 2015 kepada 3.55..

Penulis yakin dengan perancangan unit akademik tahun 2016 ini yang merangka pelbagai program antaranya Program Bimbingan SPM,  Kem Perkampungan  Ilmu,, Tuisyen Malam mengikut panitia mata pelajaran mampu melonjakkan pencapaian akademik tahun 2016.  Dalam Peperiksaan STPM pula, SMKA Durian Guling mendapat pengiktirafan atas pencapaian GPS sama ada di peringkat daerah dan negeri. Permintaan kemasukan ke tingkatan enam yang tinggi menyebabkan  sebanyak 7 kelas dibuka untuk aliran agama dan aliran kemanusiaan. Pada tahun 2013 GPS STPM sekolah ialah 2.70. Kejatuhan yang agak ketara apabila sistem penggal diperkenalkan apabila keputusan peperiksaan setiap penggal diambil kira untuk keseluruhan pencapaian.  Pada tahun 2014, GPS meningkat kepada 3.10 dan diberi pengiktirafan  sekolah yang mencapai GPS STPM kedua terbaik peringkat negeri.  Namun begitu dalam STPM 2015 GPS menurun kepada 2.96.  Program Lawatan Penandaarasan ke SMKA Sheikh Hj Mohamad Said, Seremban yang dinobatkan Sekolah Pencapaian Terbaik STPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2015  pada 7 April baru-baru ini  diharapkan boleh memberi cetusan idea untuk bangun semula dengan pencapaian yang lebih baik.

            Dalam bidang kokurikulum pula, SMKA Durian Guling mencipta banyak kejayaan yang membanggakan di peringkat Daerah dan Negeri.  Sebagai contoh mencungkil bakat baru dengan memperoleh 1 pingat emas (Acara Rejam Lembing), 1 pingat perak(4 x 100m) dan 1 pingat gangsa (Lontar Peluru) dalam Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Derah Marang. Bagi Pertandingan Bola Baling SMKA Durian Guling menjadi juara Peringkat Daerah dan mewakili daerah ke peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga. Bagi pertandingan Catur, Ping Pong dan Badminton (perempuan), maing-masing menjadi Johan peringkat daerah dan mewakili negeri. Untuk pertandingan tenis pula dua orang pelajar mewakili daerah dan negeri.

Bagi pertandingan bola sepak, SMKA Durian Guling mendapat tempat ketiga dan yang membanggakan  dua orang pelajar terpilih menyertai Pertandingan Kejohanan Piala Manchester (di Pahang) dan menjad Naib Johan.

 

Kejayaan-kejayaan ini berpunca daripada banyak faktor. Faktor utama ialah kepimpinan sekolah yang diterajui pengetua dan barisan pengurusan sekolah merangka dan melaksanakan program serta yang diarahkan oleh PPD, JPNT, KPM dan lain-laindengan baik dan berkesan. Faktor guru yang komited sangat membantu di samping faktor pelajar yang berdisiplin, beradab dan bersemangat. Kemudahan insfrastruktur walaupun terhad,  selamat untuk digunakan.

 

Kejayaan dalam bidang akademik PMR/PT3, SPM, STPM dan Kurikulum

Antara kejayaan tersebut di peringkat daerah dan negeri sebagaimana berikut:-

1.    Anugerah Sekolah Cemerlang PMR 2013 Daerah Marang

2.    Anugerah Kejayaan Mendapat Straight A’s PMR 2013 Daerah Marang

3. Anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2013,2014 Daerah Marang

4.   Anugerah Sekolah Cemerlang STPM 2013,2014 Daerah Marang

5.   Anugerah Pengurusan Akademik Terbaik ( Menengah ) 2013 Daerah Marang

6.   Anugerah Sekolah Cemerlang PT3 2014 Daerah Marang

7.   Anugerah GP Terbaik ( Keseluruhan ) Daerah Marang SPM 2014.

8.   Anugerah Peratus Semua A Terbaik (4A) Daerah Marang STPM 2014.

9. Anugerah Pencapaian Min PNGK Terbaik Daerah Marang STPM 2014.

10. Anugerah Lulus Penuh Terbaik Daerah Marang STPM 2014.

11.Anugerah Pencapaian GPS Terbaik (3.55) SPM 2015

12. Anugerah Peningkatan Peratus Minimum C SPM (0.80%) SPM 2015

13.Anugerah Pencapaian 100 Peratus Layak SPM 2015

14. Anugerah Pencapaian Semua A SPM 2015

15. Anugerah Pencapaian Min PNGK Terbaik Daerah Marang STPM 2015.

16. Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2014.

17. Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Terbaik Menengah Tahun 2014.

18. Tempat Kelima Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Tahun 2014.

19. Tempat Kedua Kategori Pengurusan dan Pertadbiran Tahun 2014.

20. Anugerah Pengurusan ICT Cemerlang Menengah Tahun 2014.

 

Kejayaan-kejayaan dalam bidang kokurikulum

Antara kejayaan tersebut di peringkat kebangsaan  dan antarabangsa ialah:-

1.        Gangsa dan Perak,Pertandingan Taekwondo anjuran Universiti Sains Malaysia And Kelantan Taekwondo Assocition, Tahun 2015, Peringkat Antarabangsa.

2.        Emas, Perak dan Gangsa, Taekwondo anjuran Persatuan Taekwondo Negeri kelantan, Tahun 2015, Peringkat Kebangsaan.

3.        Naib Johan Manchester United Premier Cup anjuran Nike and Manchster United, Tahun 2015, Peringkat kebangsaan.

4.        Penyertaan pertandingan nasyid mukmin anjuran Ubat Gigi Mukmin, Tahun 2015, Peringkat Kebangsaan.

5.        Penyertaan pertandingan Marhaban anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Tahun 2015, Peringkat Kebangsaan.

6.        Penyertaan pertandingan Drama Bahasa Inggeris anjuran kementerian Pendidikan Malaysia, Tahun 2015, Peringkat kebangsaan.

7.        Penyertaan Tenis anjuran Majlis Sukan Sekolah Malaysia, Tahun 2015, Peringkat Kebangsaan.

 

Antara kejayaan tersebut di peringkat Negeri ialah:-

1.        Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik ( Menengah), Tahun 2014.

2.        Penyertaan Kelab Taha English Camp 2014 anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin, Tahun 2014.

3.        Penyertaan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia 2015

 

 

Kejayaan-kejayaan dalam bidang Hal Ehwal Murid

Antara kejayaan tersebut di peringkat Negeri ialah:-

1.    Anugerah Peratus Kehadiran Tertinggi Murid Kategori (Menengah) 2013

2.    Tempat Kedua Kategori Pengurusan SUMUR Tahun 2014.

3.    Tempat Ketiga Kategori Pengurusan Hal Ehwal Murid Tahun 2014

4.    Anugerah Kehadiran Terbaik ( Menengah ) Tahun 2014.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kejayaan-kejayaan Sekolah Sehingga Kini

Pengiktirafan tertingi setakat ini yang telah dicapai ialah :

 

Anugerah Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa ke 9

  Tahun 2015

.

 

Menjayakan Program Penandaarasan Jalinan Peringkat Kebangsaan dan Negeri.

 

Antaranya ialah;

1.    Jalinan dengan SMK Agama Melor, Kelantan  pada 13 Oktober 2013.

2.    Jalinan dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Baru Rakit Kuala Terengganu pada 12 Januari 2014.

3.    Jalinan dengan SM Sains Kuala Terengganu pada 03 September 2014.

4.    Jalinan dengan SMK Sri Mersing, Johor pada 15 September 2015.

5.    Jalinan dengan SMK Pengkalan Berangan Marang Terengganu

pada 28 April 2015.

6.    Jalinan dengan SMK Dato Awang Jabar Marang Terengganu

pada 28 Mac 2016.

7.    Jalinan dengan SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan pada 7 April 2016.

8.    Jalinan dengan SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Hj. Sail, Pedas, Negeri Sembilan pada 7 April 2016.

JADUAL KELAS

jadual

Login

GALLERY

 

Twitter Pendidikan

KemPendidikan
KemPendidikan Kaedah pembelajaran perlu diubah Utusan Online 17 Dis 2017
MahdzirKhalid
MahdzirKhalid Ketahui jenis info yg kita terima melalui media sosial. Jangan terikut-ikut dengan persepsi umum… www.instagram.com/p/BcwoA6JHoeh/
MahdzirKhalid
MahdzirKhalid Kita jamu selera di kedai makan.Meskipun kita membayar atas perkhidmatan para pelayan,masih wajar utk tetap ucap #terimakasih .Budayakan sikap berterima kasih.
MahdzirKhalid
MahdzirKhalid Seperti juga diri kita, setiap murid itu ada kelebihan yg tersendiri.Beri peluang mrk tonjolkan bakat & kecenderungan.

Pautan

Pengetua

http://s4.postimg.org/6stpg6qrh/SALLEHABBAKAR.jpg

Social Media

 

 

Carian

Rss Module

Go to top