SMKA DURIAN GULING, MARANG, TERENGGANU

 

KETETAPAN HAL EHWAL MURID

(Kuatkuasa 1.1.2019)

 

1.0 PENGENALAN

     Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid adalah satu proses pengendalian sumber sama ada manusia dan fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Pada waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa dan masyarakat.

 

Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid di SMKA Durian Guling melibatkan beberapa unit atau jawatankuasa penting di bawahnya iaitu :

 

  • SAHSIAH
    • Jawatankuasa SUMUR
    • Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas
    • Jawatankuasa Lembaga Disiplin
    • Jawatankuasa Buku Kawalan Kelas
    • Jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian
    • Jawatankuasa Perhimpunan Mingguan
    • Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
    • Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah
    • Jawatankuasa Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
    • Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar
    • Jawatankuasa Maklumat Murid (SMM) & APDM
    • Jawatankuasa Program Skim Lencana Anti Dadah/SLAD
    • Jawatankuasa Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
    • Jawatankuasa RIMUP
    • Kehadiran Murid

 

  • KEBAJIKAN

 

  • Jawatankuasa Biasiswa
  • Jawatankuasa KWAPM
  • Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks
  • Jawatankuasa Kesihatan dan Bilik Rawatan
  • Jawatankuasa Denggi
  • Jawatankuasa Siaraya
  • Jawatankuasa 3K Sekolah
  • Jawatankuasa Kantin Sekolah
  • BIMBINGAN DAN KAUNSELING
    • Jawatankuasa Kad Maklumat Murid/Kad 001
    • Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya
    • Jawatankuasa Sekolah Selamat

 

  • ASRAMA

 

  • Jawatankuasa Pengurusan Penghuni Asrama
  • Jawatankuasa Lujnah/Biro Asrama
    • Pengurusan & Pentadbiran
    • Penjanaan Kejayaan Akademik
    • Pembangunan Sahsiah & Disiplin
    • Penjanaan Kejayaan Kokurikulum & Sukan

 

  • IKLIM
    • Jawatankuasa Pengurusan Surau
    • Jawatankuasa Pembangunan Fizikal
    • Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Mesyuarat
    • Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Dewan
    • Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Tandas
    • Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Darjah
    • Jawatankuasa Pengurusan bilik Guru
    • Jawatankuasa Pengurusan Kantin
    • Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik-Bilik Khas
    • Jawatankuasa Keselamatan Sekolah
    • Jawatankuasa 3K Sekolah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.0 PENGURUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PELAJAR

2.1 Setiap jawatankuasa harus memiliki tiga (3) fail utama yang sentiasa

       dikemaskini :-

Fail

Bahagian

Kandungan

 

 

 

01

 

A

Carta Organisasi

Senarai Ahli Jawatankuasa

Biodata Guru

 

B

Surat Pekeliling / Siaran

Surat Masuk

Surat Keluar

 

02

 

A

Surat Panggilan Mesyuarat

Salinan Minit Mesyuarat

Perancangan Aktiviti Jawatankuasa

 

03

A

Pelan Strategik,Taktikal,Operasi

       B

Laporan Aktiviti Jawatankuasa

Rekod Pelajar (jika berkaitan)

 

2.2 Mesyuarat diadakan 4 kali setahun mengikut takwin yang telah

       ditetapkan atau bila-bila masa dirasakan perlu.

 

Agenda yang perlu dibincangkan.

    1.  Ucapan Pengurusi / Pentadbir
    2.  Maklum balas
    3.  Perbincangan program yang sedang dan akan dilaksanakan
    4.  Laporan / Kajian Aktiviti
    5.  Aktiviti Jawatankuasa
    6.  Belanjawan Jawatankuasa
    7.  Isu-isu semasa
  1. Hal-hal lain

 

2.3 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan selewat-lewatnya DUA hari

       sebelum tarikh mesyuarat dijalankan

2.3.1.   Surat panggilan tersebut mestilah mengandungi :

  • Nombor rujukan fail
  • Tarikh
  • Masa
  • Tempat
  • Agenda mesyuarat

 

  • Salinan hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Pengetua dan Penolong Kanan dan semua Guru Kanan Mata pelajaran & ahli mesyuarat

 

 

 

3.0  DISIPLIN MURID

  1. Semua guru adalah Guru Disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan

       murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

  1. Guru-guru hendaklah mengambil tindakan mengikut  Tatacara  Pengendalian

      Disiplin Sekolah , dan Buku Peraturan Sekolah jika mereka dapati seseorang

      murid itu melakukan kesalahan disiplin.(Rujuk Buku Modus Operandi Disiplin )

  1. Guru-guru diingatkan jangan merotan murid. Hanya guru yang diberi surat kuasa

     merotan oleh Pengetua dibenarkan merotan murid. Murid perempuan tidak boleh

     dirotan.

  1. Hukuman rotan dijalankan hanya setelah semua rekod dan prosedur disiplin

     diikuti dan perkara ini berlaku dalam makluman Pengetua.

  1. Sebelum seseorang murid yang bersalah itu dihukum, guru hendaklah memberi

     peluang kepada murid itu untuk membela diri dan menentukan sama ada sesuatu

     kesalahan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak.

  1. Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan

     mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini

     bertujuan supaya murid tidak terasa  teraniaya dan akan menerima hukuman

     dengan rela hati.

  1. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh

      menimbulkan prasangka kepada murid

 

3.1.1 KETETAPAN UMUM DISIPLIN


  1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan Asrama .
  2. Setiap murid wajib memiliki buku catatan komunikasi dan wajib dibawa

     bersama  sewaktu  perhimpunan Rasmi .

  1. Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan diberi penjelasan

     dan  penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang

     dikuatkuasakan jika melanggar peraturan dari masa ke semasa.

 

3.1.2 Pemeriksaan Gempar/Spot Check

1. Pemeriksaan Gempar/spot check boleh dijalankan dari semasa  ke semasa ke

    atas murid semasa berada di dalam bilik kelas atau tapak perhimpunan atas

    arahan  pihak pentadbir.
2. Guru disiplin/guru bertugas mingguan bersama guru tingkatan atau guru mata

    pelajaran dengan bantuan pengawas  menjalankan ‘spot check’ dengan

    disaksikan oleh murid berkenaan.

  1. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh

    AJK Disiplin dalam Buku Rekod Salah Laku .

  1. Barang rampasan akan disimpan di bilik PK HEM.
    5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik

    oleh ibu bapa/penjaga murid apabila dijemput berjumpa dengan Pengetua/PK

    HEM. Barangan yang sama yang diambil untuk kali kedua akan diserahkan 

    kembali pada minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. Barangan yang tidak

   dituntut akan dilupuskan selepas satu tahun.

  1. Tuntutan ke atas barang rampasan boleh dibuat sekali setahun iaitu  minggu

     akhir sebelum cuti akhir tahun.

  1. Semua bahan larangan seperti telefon bimbit, kamera digital, komputer riba boleh

     bawa ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis daripada  pihak  sekolah.
8. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-

    murid.

               

3.1.3 Kaedah Mengatasi Disiplin

  1. Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
    - Semua guru
               - kelas-kelas (untuk tampal)
               - Bilik-bilik khas
  2. Guru mata pelajaran/guru kelas merekod kesalahan murid dalam buku kawalan

     kelas ( BKK)
       - Guru penyelaras BKK akan kumpulkan salah laku murid
       - Guru penyelaras BKK membawa  kes kepada AJK Disiplin  yang berkenaan

          untuk diambil tindakan seterusnya mengikut Tatacara Pengendalian  Disiplin.

  1. Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
           - Kedatangan penuh – 2 kali setahun
           - Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh

         guru penyelaras)

  1. Sijil kehadiran penuh
    - pelajar yang hadir penuh akan di beri sijil penghargaan pada HARI

          ANUGERAH HEM setiap akhir tahun .

 

3.1.4 Pengurusan Perhimpunan Rasmi & Harian


  1. Perhimpunan Rasmi dua minggu sekali diuruskan oleh Jawatankuasa

    Perhimpunan Rasmi & guru bertugas mingguan  (Tertakluk kepada  perubahan)
2. Perhimpunan Harian diuruskan oleh guru bertugas Mingguan

  1. Jawatankuasa yang bertugas akan mencatat dalam Buku Rekod Perhimpunan

     Rasmi & Pengawas bertugas mencatat dalam Buku Rekod  perrhimpunan Harian

  1. Semua pelajar wajib membawa Buku Catatan Komunikasi semasa

     Perhimpunan Rasmi .
5. Semua guru diwajibkan hadir  Perhimpunan Rasmi dan berada di atas pentas

     kecuali guru yang bertugas.

  1. Ketua guru bertugas mingguan hendaklah memastikan nyanyian lagu Negaraku,

    lagu selamat sultan, lagu sekolah dan asma’ al-husna diketuai oleh sekumpulan

    pelajar /pengawas yang telah dibentuk oleh Ketua guru disiplin.

  1. Semua kumpulan Pengurusan SMKADG memasuki dewan setelah semua guru

    dan pelajar berada di dalam dewan dengan iringan selawat. Kemasukan

    Kumpulan Pengurusan SMKADG diumumkan oleh Pengacara  Majlis dalam tiga

     bahasa ( BM,BI,BA)

 

 

  1. Guru-guru & pelajar juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan

     sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar

     daripada berada di perhimpunan tersebut.
9. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dewan  semasa perhimpunan  sedang

    berjalan  kecuali dengan  kebenaran guru.

  1. Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking perlu berada

      di belakang  podium. Teks pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip

     dan diserahkan  satu salinan selepas selesai perhimpunan kepada Ketua AJK

     Perhimpunan.

  1. Ketua guru bertugas mingguan hendaklah memastikan teks ucapan Pengacara

      Majlis dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa

      Arab.
12. Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas  (sekiranya

      murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) kecuali Buku Catatan

      Komunikasi

 

3.1.5 Aturcara Perhimpunan Rasmi :

  1. Ucapan Pengacara Perhimpunan

            -  Lagu NegaraKu

            -  Lagu Negeri Terengganu ( Selamat Sultan )

            -  Lagu Sekolah ( Belajar Berjasa )

            - Asma’ al-Husna

            - Ikrar Pelajar

  1. Ucapan Guru Bertugas Mingguan

       iii  Ucapan Guru lain ( Jika ada )

            ( mohon maklumkan kepada Ketua Perhimpunan Rasmi )

  1. Ucapan Guru Penolong Kanan / GKMP
  2. Ucapan Pengetua

       vi  Penyampaian  hadiah ( jika ada ) 

  • Pengumuman
  • Bacaan doa
  • Bersurai

Nota : 1. Laporan guru bertugas menggunakan power point

  1. pihak yang berhasrat untuk membuat penyampaian hadiah sewaktu

              perhimpunan rasmi hendaklah memaklumkan lebih awal kepada

             JK perhimpunan .

 

 

 

 

 

 

4.0 KETETAPAN AM PENGURUSAN DISIPLIN

4.1 Ponteng Sekolah

  1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
  1. Guru Tingkatan hendaklah menandakan ‘O’ dalam APDM.
  1. Jadual penghantaran surat kes Ponteng Sekolah adalah

            seperti berikut :

 

            PONTENG BERTERUSAN

                        

                Amaran 1             -  (3 hari)
     Amaran 2             -  ( 3 + 7  = 10 hari )
     Amaran Akhir  -  (10 + 17 = 27 hari )
     Buang Sekolah   - (17 + 14 = 31 hari)

                Bilangan Hari      - 31 hari

 

PONTENG TIDAK BERTERUSAN

               Amaran 1           - ( 10 hari  )

               Amaran 2           - ( 10 + 10 = 20 hari )

               Amaran Akhir   - ( 20 + 20 = 40 hari )

               Buang Sekolah   - ( 40 + 20 = 60 hari )

               Bilangan Hari     - 60 hari

 

  1. Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam

          borang Rekod Ponteng Sekolah (RPS). Rekod hantaran surat kepada ibu

          bapa/penjaga  hendaklah disimpan di dalam fail kelas.

  1. Semua surat amaran surat dan buang sekolah hendaklah dicetak daripada

          sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

  1. Surat Amaran 1, 2 dan Akhir  mesti diisi dalam  4 salinan bersama dengan

           surat Jawapan Penjaga dan  ditandatangani oleh : 


                        Amaran 1                  Ditandatangani oleh Guru Kelas
                         Amaran 2                  Ditandatangani oleh Guru Kelas
                         Amaran  Akhir         Ditandatangani oleh  GPK.HEM

Salinan 1       (untuk ibu bapa / penjaga)
Salinan 2       (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku

                       di bilik  Disiplin) 

Salinan  3      (untuk  GPK.HEM )
Salinan  4       (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Tingkatan)

  1. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam  4 salinan dan  terus hantar kepada

            PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.

 

     ***Surat Buang Sekolah mesti disertakan dengan salinan Surat Amaran 1, 2 dan

           Akhir (daripada fail kelas GuruTingkatan), dan  surat UBK.

  1. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat,

          peraturan berikut hendaklah dipatuhi :

  1. Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan

    daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan  berjumpa dengan guru

    kelas..

  1.   Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat  jawapan

              daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM

              terlebih dahulu.

  1. Selepas surat Amaran Akhir, murid mestilah datang ke sekolah bersama

             Ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan  Pengetua. Murid hanya

             dibenarkan masuk ke kelas setelah  Pengetua berpuas hati dengan jaminan

             yang diberi oleh ibu  bapa atau penjaga melalui surat aku janji.

  1.   Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula( jika sudah dibuang

            sekolah) setelah membuat rayuan dan  diluluskan oleh pihak Pendaftar

           Sekolah di JPNT.

 

    4.1.2 Ponteng Kelas


Kali 1 · Catat nama dalam borang salah laku dan surat amaran dihantar

              Kepada  Ibubapa/penjaga
           · Nama direkod dalam buku salah laku murid
Kali 2  · Panggil Ibubapa/penjaga dan diserahkan kepada Kaunselor
           · Nama direkod dalam buku salah laku murid
Kali  3 · Rotan 1 kali

Berikutnya  - Rotan 2 kali / gantung

 

5.0 KETETAPAN  PAKAIAN

  1. Semua pelajar dikehendaki memakai uniform sekolah yang lengkap pada

           setiap hari Ahad.

  1. Semua Anggota Majlis Perwakilan Pelajar mesti memakai uniform lengkap

          pada setiap hari Ahad.

  1. Semua pelajar dikehendaki memakai pakai Pendidikan Jasmani yang

         ditetapkan oleh pihak sekolah (warna pink) pada hari yang ada PJK, bermula

         dari pagi hari.

  1. Setiap hari Selasa semua pelajar mesti memakai pakaian unit beruniform yang

          lengkap, mengikut unit yang mereka anggotai.

  1. Semua pelajar hendaklah memakai baju 1M1S yang telah ditetapkan oleh

          pihak sekolah pada setiap hari Rabu.

  1. Semua pelajar hendaklah memakai baju batik (asrama/harian) pada setiap hari

         Khamis.

  1. Pakaian semasa mengikuti kelas tambahan atau kem pada hujung minggu

         seperti berikut;

  1. a) Khamis Baju batik
  2. b) Jumaat baju PJK
  3. c) Sabtu baju sekolah
  4. Pakaian semasa mengikut rombongan atau lawatan ke luar, mestilah

          bersesuaian dengan taraf SMKA. Pelajar tidak dibenarkan memakai baju ‘T’ 

          tidak berkolar dan mencolok mata. Pakaian yang dikenakan mestilah menutup

           aurat. Sebarang jenis ‘jeans’ adalah dilarang.

  1. Semasa mengambil keputusan peperiksaan pelajar-pelajar hendak memakai

           pakaian mengikut ketetapan berikut;

  1.    Pelajar lepasan SPM dan STPM yang akan mengambil keputusan hendaklah

           memakai pakaian yang sopan. Pelajar perempuan hendaklah berbaju kurung

           dan berkasut serta menutup aurat. Pelajar lelaki perlu memakai baju kemeja,

           berkasut dan tidak dibenarkan memakai sebarang jenis seluar ‘jeans’

     

 

6.0   KETETAPAN  AM  PENGURUSAN KELAS


  1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) mesti ada setiap kelas
  2. Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan sebelum akhir bulan

    pertama (Januari) persekolahan. Buku ini  hendaklah dikemaskini dari

    masa ke semasa.

3.Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan  oleh guru kelas (sekiranya

   guru kelas tidak  hadir sekolah penyelaras tingkatan berkenaan akan

   mengambil alih tugas tersebut ) sebelum pukul 9.00 pagi ( selewat lewatnya

    satu jam sesudah kelas bermula)* Sila ambil  perhatian terhadap murid

    yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas

    dua (2) jam masih dikira hadir ke sekolah. ( ditulis lewat (L) )

 

                    Tandakan BJKM seperti berikut:

  1. Tandakan ’/ ’ sekiranya murid hadir.
                ii.    Tandakan ’O’ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
               iii.    Tandakan ’S’ dalam bulatan sekiranya tidak hadir

                    bersebab. (surat pengesahan daripada ibubapa/penjaga

                    atau sijil sakit).

  1. Tandakan “K” bagi murid yang tidak hadir bersebab yang

                    telah diberi kebenaran oleh Pengetua
            v.     Tandakan ’L’ dalam bulatan sekiranya murid lewat

                  (dikira hadir).
              Vi.   Tandakan ’W’ dalam bulatan sekiranya murid mewakili

                  sekolah  (dikira hadir).
           Vii. Tandakan ’G’ dalam bulatan sekiranya murid digantung

                   persekolahan (dikira tidak hadir)

 

 

  1. Hari kelepasan hendaklah ditanda dengan satu garisan lurus panjang

     sepanjang-panjang ruang itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah 

                ditulis “Cuti” melintang.

  1. Nama pelajar yang ada tertulis dalam BJKM pada hujung sesuatu bulan,

                mestilah ditulis semula di dalam BJKM bagi bulan berikutnya kecuali

                seorang murid itu berhenti / bertukar dan mesti disahkan oleh Pengetua.

  1. Guru kelas hendaklah mendaftar masuk / kemaskini pelajar dalam APDM

               dari masa ke semasa.

  1. Guru kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan

               dan keselamatan BJKM. Cecair pemadam tidak dibenarkan sama sekali.

               Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas dan

               ditulis yang betul di atasnya.

  1. Gunakan  pen dakwat  hitammata bulat , nama murid huruf besar dan

              pelajar tidak dibenarkan  menanda BJKM.

  1.   Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di rak pejabat sekolah dan tidak

               boleh dibawa keluar daripada pejabat sekolah kecuali dengan kebenaran

  1. BJKM hendaklah ditutup /dikunci setiap akhir bulan, sekiranya tiada guru 

              kelas, penyelaras tingkatan berkenaan  mengambil alih tugas tersebut.

              Menanda / Key in Kehadiran  Pelajar

  1. Guru kelas hendaklah memastikan Ketua Kelas & Penolong Ketua kelas

             menanda kehadiran pelajar setiap hari persekolahan selepas perhimpunan

             Rasmi / Harian di dalam Buku Rekod Kehadiran Pelajar.

  1. Guru Kelas @ Penyelaras Tingkatan ( jika guru tidak hadir ) hendaklah

              ” key in”  kehadiran pelajar sebelum pukul 9.00 pg setiap hari persekolahan.

              Akan dibantu oleh Pn Noriah

 

Buku Kawalan Kelas (BKK)

  1. Semua Guru Tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK

       setiap hari

  1.    BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan

             kepada guru yang masuk  kelas pada setiap waktu.

  1. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada

            masa tersebut.

  1. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas /

       ponteng kelas semasa guru mengajar.
      5.     Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih

       dan  teratur sebelum  menandatangani BKK.

  1. Semua kes salah laku murid yang ringan atau  sederhana mesti diambil

  tindakan oleh guru semasa. Hanya kes-kes berat sahaja perlu catatkan

  dalam BKK untuk tindakan Penyelaras Tingkatan dan AJK  Disiplin yang

  berkenaan  pada keesokan harinya. Jika kes berat yang  memerlukan

  tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada

  Penyelaras BKK / AJK Disiplin yang berkenaan.

 

  1. Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan hendaklah menghantar BKK

          ke pejabat (depan bilik GKMP ) setiap hari Selasa sebelum  solat zohor &

          mengambil semula pada pagi hari Rabu keesokan harinya.

  1. Penyelaras Tingkatan  akan  menyemak BKK setiap hari Selasa dan

           menyerahkan  senarai nama murid yang bermasalah pada keesokannya

           kepada AJK  Disiplin yang berkenaan untuk tindakan  selanjutnya.

  1. Guru Kelas/Ketua Kelas  hendaklah  menjaga BKK dengan baik dan sempurna

    mengikut susunan  minggu dan bulan dan diserahkan kepada PK HEM pada

         setiap akhir Penggal 1 & 2.

 

 

Fail Peribadi  Pelajar


  1. Semua murid dari kelas Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam wajib

       mempunyai fail ini.
2.    Sila pastikan nama penuh  murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis

       pada helaian muka depan fail.
3.    Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan menggunakan kertas

       keras.
4.   Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan,

      keputusan peperiksaan UPSR/PT3, dll disimpan dalam fail ini. Dengan salinan

      keputusan Peperiksaan Dalaman

  1. Guru Kelas semasa hendaklah mengisi maklumat pelajar yang belum ada seperti

     yang dikehendaki.

  1. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan

      persekolahannya atau bertukar sekolah.

  1. Semua fail perlu disimpan di pejabat ( depan bilik PK.HEM )

     ( tertakluk kpd  perubahan ).

 

 

Fail Kelas Guru Tingkatan


  1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu

      bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran  murid

      disimpan dalam fail ini.
2.   Semua salinan surat amaran  ponteng dan salinan surat

      gantung/buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan

      dalam fail ini.

  1. Fail kelas sentiasa berada dengan guru kelas

 

 

 

 

 

 

                                       Pendaftaran Murid Baru

 

  1. Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras

        tingkatan/GPK.HEM.
2.     Guru tingkatan akan  menyemak semula status kewarganegaraan

        murid sebelum urusan  mendaftar dilakukan. Mendaftarkan  murid

        baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang

        SMM)/APDM dilengkapkan  oleh ibu bapa/penjaga . Jika murid 

        membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan  maklumat

        adalah  lengkap dan terkini.

  1. Guru tingkatan 1 dan PraU(R) akan memasukkan data pelajar baru.

     Bagi guru tingkatan 2, 3, 4, 5 dan PraU(A), guru kelas hanya  mengemaskini

     data SSDM /APDM   yang telah dibuat dan  menyerahkan ’hard copy’ pada guru

     SSDM/APDM.

  1. Guru tingkatan hendaklah menyemak ,jika murid berkenaan menerima

      sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.

  1. Guru tingkatan mengenal  pasti  murid  OKU  yang berdaftar

         dan memaklumkan kepada PK HEM.

  1. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak

         yatim/pelajar miskin dan  memaklumkan kepada PK HEM, guru

          kebajikan

  1. PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PEKA,Folio KH, PAFA,

       dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.

  1. Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket /APDM

        kepada guru tingkatan dan guru tingkatan akan memasukkan 

        data pelajar baru dalam komputer dan menyerahkan 1 salinan

        hard copy kepada guru SMM/APDM

 

                          Murid Keluar/Bertukar/Berpindah

 

  1. Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
  2. Mencatatkan  maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
  3. Pertukaran keluar dari Negeri Terengganu  menentukan semua buku  teks

       telah dipulangkan. Merekodkan judul buku yang dipulangkan. (Sila  guna

       borang khas di pejabat) Menyerahkan  satu  salinan borang ini kepada Guru

       SPBT.
  4.    Pertukaran dalam  Negeri Terengganu  Merekodkan judul buku yang akan

        dibawa ke sekolah  baru.(Sila guna borang khas di pejabat). Menyerahkan

        satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.

  1. Guru tingkatan  menyediakan dokumen –dokumen bertukar  murid 

        berkenaan untuk diserahkan kepada murid/penjaga melalui sekolah

  1. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan

       diserahkan kepada murid /penjaga berkenaaan  pada hari akhir persekolahan

       (bergantung kepada keadaan).

 

 

7.0 PENGURUSAN BUKU TEKS

  1. Semua guru Jawatankuasa Buku Teks hendaklah memastikan semua

      pelajar mendapatkan kemudahan bekalan buku teks yang mencukupi

  1. Semua jawatankuasa juga hendaklah sentiasa memantau buku teks

      pelajar bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan

  1. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Negeri

     Terengganu.

  1. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di

     pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.( Jika ada)
 5. Guru tingkatan juga mesti memastikan  mana-mana muridnya yang ingin bertukar

     sekolah di luar Negeri Terengganu  memulangkan semula buku SPBT tersebut  

     dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

  1. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
  2. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan

      pemulangan buku teks.

  1. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak

     memulangkan buku teks.

  1. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan

      plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas .Guru tingkatan juga perlu

      mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah

      / dalam kelas @ di mana sahaja.

10 .Guru mata pelajaran memastikan  murid  membawa buku teks ke sekolah.

       ( bergantung kepada keadaan )

  1. AJK SPBT akan mengadakan Operasi tiga bulan sekali , buku teks yang

     di ambil dalam operasi tersebut diberi tempoh seminggu untuk pelajar

     berkenaan menuntut balik dengan bayaran RM 2.00 sebuah ( akan

     dimasukkan dalam Tabung Kebajikan Pelajar ). Nama pelajar tersebut akan

     dipamerkan di papan kenyataan oleh AJK SPBT

  1. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari

      pertama persekolahan.

 

8.0 KETETAPAN  PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN

      (BKP) & BKP(U)

 1  .Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang Berjaya  menerima

      surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.

     Guru-guru tingakatan juga boleh meminta  mana-mana murid yang  layak

      untuk memohon biasiswa.


  1. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan  kepada guru biasiswa

      berkenaan dan  pengeluaran wang biasiswa dihadkan kepada RM150.00

      bagi setiap murid dalam tempoh 2 bulan dengan menggunakan kad ATM

      yang dibekalkan.

  1. Sekiranya murid perlu mengeluarkan wang melebihi had yang dibenarkan

       murid perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Wang di Lampiran

       L dan mendapatkan Buku Akaun daripada Guru Biasiswa.

  1. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku  akaun murid.
  2. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat

        lebih daripada satu  biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu di hantar

        kepada pihak penaja.

  1. Guru Biasiswa hendaklah mengenalpasti jika ada murid baru terutamanya

     murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa

     mereka di sekolah rendah.
7.  Walau pun murid-murid berkenaan pernah  menerima bantuan, mereka

     mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah

     menengah dengan  mengisi borang permohonan bantuan biasiswa .
8. Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat

    menyambang semula bantuan yang diterima dengan  menyerahkan borang

    permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
9. Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima

    sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan  kepada  pihak sekolah

    terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kurang daripada RM1500 sebulan.
 10. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid

        penerima biasiswa.

 

9.0  KETETAPAN  UNIT BIMBINGAN & KAUSELING

                          Khidmat Bimbingan dan Kaunseling


  1. Kaunselor / Guru B&K mestilah memberikan galakan, motivasi dan

    merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta

    membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi-sosial yang

    dihadapinya.


  1. Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut ketikanya, demi

    memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan

    hanya boleh didedahkan  kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.


  1. Kaunselor / Guru B&K boleh membantu murid-murid dengan memberi

    bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.


  1. Kaunselor / Guru B&K juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,

    mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan,

    akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.

  1. Guru UBK harus membimbing murid dalam  membuat pemilihan kerjaya

     mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat

     pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.

  1. Guru UBK mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling

      kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama,

     kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan

     diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam

     bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.


  1. Guru Disiplin mahupun  Guru Tingkatan boleh  merujuk kepada Guru

      UBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling atau pun

      murid yang menghadapi masalah disiplin.

 

10.0 KEBAJIKAN MURID

  1. Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak

     yatim atau  murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar

     mereka ini dapat diberikan bantuan.

     - Sila dapatkan  maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan 

       isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada

       Penyelaras Tingkatan / Ketua Guru Kebajikan untuk rujukan  PK HEM
2.  Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan  kepada PK HEM sekiranya ada

     dalam kalangan muridnya yang  menghidap penyakit denggi atau penyakit

      kritikal yang lain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau

     bencana dalam keluarganya.
3.  Derma  akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana

     seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri  sendiri.

  1. Tabung Kebajikan Pelajar SMKADG  diwujudkan.
  2. Pungutan duit untuk Tabung Kebajikan akan dibuat dalam kalangan warga SMKA

    sebulan sekali

 

 

11.0  KETETAPAN  AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN  

 

 

  1. a) REKOD KESIHATAN MURID

  2. Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku

     Rekod Kesihatan. ( warna biru )
2.  Buku Rekod Kesihatan ini  diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah

     lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah

     menengah.
 3.Jika Guru Tingkatan  mendapati  muridnya tidak mempunyai atau  kehilangan

     buku tersebut, sila maklumkan kepada GPK HEM .
 4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku  ini  

     diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat atau pun  semasa suntikan

      imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh

     pegawai kesihatan.

  1. Buku Rekod Kesihatan disimpan di bilik rawatan disusun mengikut tingkatan di

    bawah jagaan Ketua Guru Kesihatan

  1. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah

    dan disertakan  bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

 

  1. b) KAD PERGIGIAN MURID

  2. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan

     setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu.
2. Guru Tingkatan mestilah  memastikan  kad ini diedarkan kepada ibu

    bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan

 

 

  • BADAN DAKWAH & KEROHANIAN

 

  1. Badan Dakwah Sekolah dan Unit Kerohanian Asrama hendaklah menyediakan

      perancangan yang teratur dalam melaksanakan aktiviti kerohanian pelajar

  1. Pelajar pelajar menghadiri semua aktiviti kerohanian yang telah ditetapkan oleh

      pihak sekolah / asrama seperti tadarus Al-Quran pagi, solat zohor berjemaah

      ceramah, tazkirah dan lain-lain lagi

  1. Semua pelajar SMKADG wajib menghadiri bacaan Al-Quran Pagi  kecuali ad

      perhimpunan rasmi.

.  4. Ketua/SU BADAR menyediakan jadual pelajar yang bertugas untuk

       bacaan Al-Quran pagi

  

13.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

  1. Melantik Jawatankuasa Kelas: Ketua Tingkatan
               i. Penolong Ketua Tingkatan 
  2.   AJK Kebersihan               
                iii. AJK Keceriaan                
                iv. AJK SPBT                                   
                v.  AJK ICT (celik ICT)        
                vi. AJK setiap Mata Pelajaran
  3. Menyelaras penyediaan perkara berikut:
    i.  Carta Organisasi Kelas – ditampal pada papan kenyataan

               hadapan kelas
            ii. Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan di hadapan kelas
           iii. Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan

                hadapan  kelas

  1. Pelan kedudukan murid – ditampal di atas meja Guru
                v.  Inventori KelasØ - ditampal pada pintu
               vi.  Papan KenyataanØ - milik kelas tersebut
              vii.  Moto KelasØ - ditampal pada papan  kenyataan hadapan kelas
             viii   MisiØ & Visi Sekolah, - ditampal pada papan
               ix. Misi & Visi KPM, kenyataan hadapan kelas Piagam Pelanggan,

                Moto Sekolah, DLL.

  1. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.

    Memastikan semua kerusi dan  meja murid mencukupi dan telah diberi

    nombor siri.Menggantikan dan membawa turun  mana-mana perabot yang

    rosak.
4. Kebersihan kelas: Memastikan  kelas dibersihkan setiap hari

    persekolahan. Guru masa pertama hendaklah mengambil masa 5 minit

    untuk untuk pelajar yang bertugas membersihkan kelas. Setiap guru yang

    masuk ke kelas mesti memastikan  keadaan dalam  kelas sentiasa bersih.

    Memastikan sampah di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir

    setiap hari.5 minit sebelum berakhir P & P, murid  bertugas mesti

    membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menaikkaan

    kerusi   ke atas meja. Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum

    meninggalkan kelas. Memastikan  pintu kelas dikunci.( tertakluk kpd

    keadaan)

  1. Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

  -  Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta

      suisnya dalam keadaan baik dan selama  digunakan.

   - Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang

      rosak kepada guru berkenaan  ( Guru Pembangunan).

   - Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas

      yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh

      dedikasi.

   -  Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya

      terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid.

      (Diputuskan dalam  mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu 

      salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada

      PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama).

- Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:

+ Bahan-bahan keceriaan kelas
+ Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.

  1. Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)

     Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut:


 Kelas : ____________
Nama Guru Tingkatan : _______________
Bil No. Pendaftaran Nama Penuh Murid(spt L/P /Kelas /Catatan
KP & susun ikut abjad) (2015)
1.
2.
3.
4.

  1. Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada minggu 1 sesi

    persekolahan

 Senarai  Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa

     Sebab

  1. Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.

      Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari

      pertama pekolahan , tanpa sebarang surat daripada

      ibubapa/penjaga atau surat sakit.

9.Mengambil tindakan dengan  menghantar surat-surat  amaran ponteng

     sekolah dan surat  buang sekolah  kepada ibu bapa atau penjaga mengikut

     tatacara yang telah ditetapkan.

 

14.0 KAD KELUAR KELAS


  1. Semua Ketua/Penolong ketua kelas hendaklah mendapatkan  kad

           kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.
      2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk  ke tandas,berjumpa

         guru semasa pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya mesti memakai

          kad berkenaan, dengan menggangtungkan pada leher sepanjang masa

          berada di luar kelas.
     3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk

         mendapatkan pas daripada guru kelas.

  1. Kad keluar kelas yang rosak maklumkan kepada Guru Kelas / Guru Penolong

          Kanan Hal Ehwal Murid

 

15.0 KETETAPAN  KANTIN

  1.  Kantin sekolah hendaklah dibuka setiap hari persekolahan.
  2.  Kantin hendaklah sentiasa bersih dan ceria
  3.  Proses jual beli hanya berlaku semasa rehat sahaja
  4.  Pihak luar tidak dibenarkan menjual makanan & minuman di kawasa         sekolah
  5.  AJK kantin / GURU BERTUGAS  hendaklah memastikan murid-murid beratur dengan baik semasa pembelian di kantin
  1. AJK kantin hendaklah memastikan Murid-murid  meletakkan bekas makanan & minuman yang sudah digunakan di dalam bekas yang disediakan.
  1. Ketua JK Kantin hendaklah menghantar laporan Kendiri Kantin setiap akhir bulan  kepada PPDM.
  1. GPK.HEM hendaklah menyemak dan menandatangan Laporan kendiri kantin

      setiap hari persekolahan

  1. GPK.HEM / AJK kantin hendaklah memastikan Kantin SMKADG  Gred A
  2. AJK kantin hendaklah sentiasa memantau makanan & minuman yang dijual di

       kantin sentiasa bersih untuk mengelak berlaku keracunan makanan

 

 button-muat-turun-dasar

Pengetua

Social Media

 

google

 

Carian

Go to Top
JSN Epic 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework