BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
- Super User
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
BERIKUT SENARAI NAMA PELAJAR YANG LAYAK MENDAPAT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
SENARAI NAMA LAYAK
KEPUTUSAN PERMOHONAN ASRAMA 2021
- Super User
KEPADA PELAJAR DURIAN GULING YANG MEMOHON ASRAMA BAGI SESI 2021, ANDA BOLEH MENYEMAK STATUS PERMOHONAN ANDA DIBAWAH. KEPADA PELAJAR YANG GAGAL, ANDA PERLU MENGEMUKAKAN SURAT RAYUAN KEPADA PENGETUA SMKADG SEBELUM 20 JANUARI 2021.
Keputusan yang diumumkan adalah untuk pelajar yang memulakan sesi persekolahan pada
20 Januari 2020 bagi tingkatan 4,5,5+,6A,6A+. Keputusan bagi tingkatan 2 dan 3 akan dimaklumkan
kemudian.
PENGUMUMAN ASRAMA
- Super User
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG ASRAMA YANG BELUM MENJELASKAN YURAN ASRAMA, PELAJAR –PELAJAR DIKEHENDAKI MENJELASKANNYA SEBELUM 31 HB NOVEMBER 2020.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PEJABAT ASRAMA DI TALIAN 09-6802608
PERMOHONAN ASRAMA SESI 2021
- Super User
PERMOHONAN ASRAMA UNTUK TAHUN 2021 KINI DIBUKA.
PERMOHONAN MENGGUNAKAN BORANG ONLNE. MAKLUMAT HARUSLAH LENGKAP, JIKA TIDAK LENGKAP, PERMOHONAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. SEKOLAH BERHAK MENOLAK PERMOHONAN ASRAMA JIKA MAKLUMAT YANG DI IDI OLEH PELAJAR ADALAH PALSU/TIDAK BENAR.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 31 OKTOBER 2020.
Majlis Penyampaian APC SMKA & SABK 2019
- Super User
Seramai 8 orang guru dan staf SMKADG telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 yang lalu. Satu majlis penyampaian anugerah telah di adakan di Dewan Sekolah SMKA Sheikh Abdul Malek pada Rabu, 26 OGOS 2020. Semoga dengan anugerah yang di perolehi menjadi pemangkin kecemerlangan perkhidmatan setiap masa. Pihak sekolah merakamkan penghargaan dan Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menunjukan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun 2019 yang lalu.
MAKLUMAN KEMASUKAN PELAJAR ASRAMA YANG TERPILIH KE ASRAMA PASCA PKPP TAHUN 2020 (FASA 5)
- Super User
Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang terpilih akan mula hadir ke asrama seperti berikut;
2.1 Tarikh : 12 Ogos 2020 ( Rabu)
2.2 Masa : 2.30 – 4.00 petang
2.3 Tempat: Pejabat Asrama
- Susulan itu,semua pelajar diminta lapor diri ke asrama sebagaimana ketetapan di atas bagi pelajar yang sihat sahaja. Kegagalan untuk melapor diri mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan menyebabkan tawaran ini terbatal secara automatik.
MUAT TURUN SURAT TAWARAN BESERTA NAMA PELAJAR YANG LAYAK
MAKLUMAN KEMASUKAN PELAJAR ASRAMA YANG TERPILIH KE ASRAMA PASCA PKPP TAHUN 2020 (FASA 4)
- Super User
Dengan hormatnya, perkara di atasa adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang terpilih akan mula hadir ke asrama seperti berikut;
2.1 Tarikh : 08 Ogos 2020 (Sabtu)
2.2 Masa : 2.00 – 3.30 petang
2.3 Tempat: Dataran Kejat/Pondok Jaga Asrama
2.4 Pakaian : Batik Asrama
3. Susulan itu,semua pelajar diminta lapor diri ke asrama sebagaimana ketetapan di atas bagi pelajar yang sihat sahaja. Kegagalan untuk melapor diri mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan menyebabkan tawaran ini terbatal secara automatik.
4. Sehubungan dengan itu, tuan puan dipohon mengambil maklum tentang beberapa perkara berikut;
4.1 Hanya seorang sahaja ibubapa atau wakil penjaga mengiringi kemasukan pelajar ke asrama
4.2 Saringan imbasan suhu penjaga dan pelajar akan dilakukan di pondok pintu utama sekolah
4.3 Sila bawa sejadah dan face mask (penutup muka dan hidung)
4.4 Pelajar dilarang melakukan pemesanan makanan (COD) dari luar sepanjang berada di asrama
4.5 Jika keperluan terdesak, ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan menghantar barang di pondok jaga di pintu masuk sahaja. Sila catat nama anak tuan/puan.
4.6 Pelajar tidak dibenarkan balik sehingga pihak sekolah mendapat kebenaran daripada KKM/JPNT/PPD dan akan memaklumkan kepada tuan.
4.7 Ibubapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN melawat anak/jagaan sepanjang tempoh PKPP kecuali kecemasan (SOP kemasukan sekolah)
4.8 Bersedia untuk mengambil sendiri anak/tuan pulang ke rumah sekiranya anak tuan/puan bergejala atau suhu badan melebihi 37.5°C
5. Semoga di dalam makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sekian.