PROGRAM GERIMIS CINTA DI PENGHUJUNG RAMADHAN
- Super User
PROGRAM GERIMIS CINTA DI PENGHUJUNG RAMADHAN BERSAMA USTAZ MOHAMMAD MIZAN. 4.30ptg -7.00pg, ANTARA PROGRAM YANG DIJALANKAN ADALAH KULIAH, MUNAJAT, BERBUKA PUASA, TARAWIKH, QIAMULAIL DAN SAHUR
Shoutus Syakirin di Pertandingan Nasyid Belia
- Super User
*Gambar Hiasan
Tahniah kepada pasukan nasyid SMKADG iaitu kumpulan Shoutus Syakirin kerana telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Nasyid Belia peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kuala Kubu Baru Selangor. Tahniah!
Program Berbuka Puasa BTP KPM
- Super User
Program berbuka puasa bersama Tuan HJ. Zaidi bin Yazid , PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KPM.
Program Sahur
- Super User
Program bersahur bersama Ketua Sektor Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Tn. Hj. Ngah bin Bidin
Pertandingan Forum Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Marang
- Super User
Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Marang pada 16 & 17 Jun 2015 d SMK Tun Telanai
- Johan - SMKADG
- Naib Johan - SMK Tun Telanai
- Ketiga - SMK Bukit Sawa
Ahli Panel Forum terbaik
Muhammad Asri Sulong
Pengerusi Forum Terbaik
Amirah Madihah bt Yusof
Ceramah Ambang Ramadhan 1436
- Super User
Selasa, 16 Jun 2015 - Satu ceramah telah dianjurkan oleh unit HEM bertempat di Dewan Besar Ibnu Khaldun bertajuk "Di Ambang Ramadhan 1436H" . Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Allnurulhuda Bin Ghazali daripada Sk Pusat Chabang Tiga. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.
SMKADG JOHAN Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia 2015 peringkat negeri Terengganu
- Super User
Tahniah! SMKADG JOHAN Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia 2015 peringkat negeri Terengganu, dan akan mewakili terengganu ke peringkat kebangsaan... kumpulan Permata SMKADG berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,500, sijil penyertaan dan trofi.
Majlis Gotong Royong Perdana TTB Peringkat Negeri Terengganu 2015
- Super User
Bersandarkan tema ‘Transformasi Terengganu Terbersih: Masyarakat Sejahtera’, program gotong-royong perdana dijalankan serentak di seluruh Terengganu, semalam.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program tersebut, ia bukan hanya dapat menceriakan kawasan malahan mampu mengeratkan hubungan sesama penduduk.
“TTB yang dibawa oleh kerajaan negeri juga membawa maksud ‘Team’ iaitu berpasukan. Dengan program yang diadakan ini, ianya dapat memupuk semangat kerjasama dan dan berpasukan antara kita.
“Semangat ini perlu disemai serta dipupuk kerana ianya dapat memudahkan urusan samada di tempat kerja, di rumah dan di mana sahaja,” katanya.
Tambahnya, dengan peningkatan demam denggi yang tinggi di kawasan bandar, rakyat harus lebih cakna terhadap kebersihan persekitaran mereka.
“Antara faktor yang menyumbang ke arah pembiakan nyamuk Aedes adalah longkang tersumbat, takungan air di kawasan perumahan dan sampah yang terbiar.
“Perkara ini berlaku disebabkan ketidakcaknaan dan sikap ambil mudah dalam menjaga persekitaran supaya bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.