BERNAMA TV
- Super User
[Video] Reaksi 54 pelajar SMK Agama Durian Guling di T'ganu yang berjaya peroleh 11A dalam PT3 - BernamaTV
52 orang Straight A PT3 2016
- Super User
Tahniah diucapkan kepada 52 orang pelajar SMKA Durian Guling yang berjaya mendapat 11A dalam peperiksaan PT3. Kejayaan ini merupakan kejayaan terbesar dalam sejarah PT3 SMKADG. Semoga kejayaan sebegini dapat dikekalkan untuk tahun akan datang. Syabas SMKADG!
KEPUTUSAN PT3 SMKADG 2016
- Super User
Ceramah Nuzul Quran dan Majlis Khatam Al-Quraan
- Super User
Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah.
Oleh itu, pada hari ini 23 Jun 2016 bersamaan 18 Ramadhan 1437, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan 30 orang murid. Program Tadarus AL-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang juga melibatkan hampir 1000 orang murid dan guru-guru SMKADG. Acara yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun ini disaksikan oleh semua pelajar dari tingkatan 1- tingkatan 6. Program ini juga merupakan program yang dijalankan setiap tahun oleh Panitia Agama Islam SMKADG. Turut berjalan pada sebelah petangnya adalah Majlis Iftar Jamaie dan Solat Tarawih bersama semua warga sekolah.
MAJLIS TEMU MURNI SPM 2016
- Super User
21 jun 2016 - Satu program telah dijalankan pada 21 jun 2016 (selasa) bagi merealisasikan kerjasama antara warga pendidik dengan ibu bapa para pelajar SMKADG berterusan menjelang peperiksaan SPM 2016 yang bakal tiba tidak lama lagi. Oleh hal yang sedemikian,SMKDG telah mengambil kesempatan dan inisiatif dengan mengadakan Program Temu Murni Pelajar Tingkatan 5 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun pada pukul 11 pagi. Objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan warga pendidik dengan ibu bapa dan para pelajar selain bersama-sama berkongsi pendapat dengan ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak mereka.Para pelajar ditemani ibu bapa mereka berbincang dan berkongsi idea tentang permasalahan anak-anak mereka dalam bidang akademik bersama-sama guru kelas masing-masing untuk sama-sama mengatasinya .Program Temu Murni berjalan dengan baik dan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada Ibu bapa.
MAJLIS TEMU MURNI PT 3
- Super User
18 Jun 2016, Pada hari Sabtu jam 10 pagi telah diadakan satu majlis temu murni di dewan besar Ibnu Khaldun. Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penjaga berjumpa guru kelas bagi membincangkan pencapaian dan permasalahan anak-anak mereka.Terima kasih kepada penjaga yang sudi hadir pada hari ini.
ANUGERAH PENGURUSAN PIBG CEMERLANG KATEGORI LUAR BANDAR
- Super User
ANUGERAH PENGURUSAN PIBG CEMERLANG KATEGORI LUAR BANDAR PERAYAAN HARI GURU 2016 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Tahniah kepada warga PIBG SMKADG...YDP En Mohd Shafie Hassan, NYDP En A Ghani Awang, BENDAHARI Pn Tn Sakinah Tn Ismail, Tuan Pengetua En Salleh AB Bakar, semua AJK, PENGURUSAN SEKOLAH, PPD, Guru-guru & staff... terima kasih atas kerjasama semua...