Bulan Ramadhan menjadi titik permulaan kepada langkah mendidik dan melatih murid-murid untuk terus mendekati dan memahami isi kandungan dalam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan ini bertujuan untuk  meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di sekolah.

Oleh itu, pada hari ini 23 Jun 2016 bersamaan 18 Ramadhan 1437, telah berlangsungnya program Khatam Al-Quran yang melibatkan 30 orang murid.  Program Tadarus AL-Quran telah dijalankan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang juga melibatkan hampir 1000 orang murid dan guru-guru SMKADG. Acara yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun ini disaksikan oleh semua pelajar dari tingkatan 1- tingkatan 6. Program ini juga merupakan program yang dijalankan setiap tahun oleh Panitia Agama Islam SMKADG. Turut berjalan pada sebelah petangnya adalah Majlis Iftar Jamaie dan Solat Tarawih bersama semua warga sekolah.

JADUAL KELAS

jadual

v.22.8.1

GALLERY

2023

  

2021

2018

VIDCO

Pautan

 

Pautan Agensi

Pautan JPN

Pengetua

92cd5478-42b1-4da8-b65f-93c8928b25d5

USTAZ NAZRI BIN NGAH

Social Media

 

google

 

BULETIN DGES

photo-2022-12-11-23-06-43

MAYA

Carian

Go to Top
JSN Epic 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework