Anugerah Nilam 2018
- Super User
MARANG, 31 Jan 2018 : Tahniah diucapkan kepada adik NURFAIRUZ HUSNA BINTI MOHAMAD ZULKIFLI dan NOR ZAHIRAH BINTI HASAN kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam NILAM daerah marang 2018 bagi ketegori Bahasa Melayu dan Inggeris.
SISC+ PPD Marang JUSA C
- Super User
MARANG, 22 Jan 2018 : Tahniah. Penyerahan surat pemangkuan Jusa C kepada Pn Rohaida bt Ngah SISC+ PPD Marang.
Jusa c ketiga di kalangan warga pendidikan Terengganu. Alhamdulillah.
CERAMAH MOTIVASI OLEH PU FAISAL
- Super User
MARANG, 20 Jan 2018 : Satu ceramah Motivasi telah diadakan oleh pencermah motivasi terkenal pencetus umah (PU) Faisal b ibrahim. Ceramah motivasi ini diadakan untuk meningkatkan motivasi pelajar bagi menghadapi peperiksaan awam. Pelajar yang terlibat adalah dari tingkatan 3,5 dan 6.
SUMBANGAN AL-QURAAN
- Super User
MARANG, 18 Jan 2018 : Terima kasih kepada Alumni SMKADG kerana menyumbangkan 525 buah naskah Al-Quraan kepada pelajar SMKADG. Jasamu dikenang.
MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFORM
- Super User
MARANG, 16 Jan 2018 : Mersyuarat agung badan beruniform telah diadakan hari ini dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh semua tingkatan 1 hingga 6 serta guru masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti perlantikan AJK 2018 dan perancangan aktiviti untuk tahun 2018.
Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Rokiah bt Hassana, di antara lokasi mesyuarat ialah di Makmal sains, Dewan makan, Perpustakaan, Kantin serta bilik Kuliah. Berikut adalah senarai unit beruniform yang terlibat.
Badan Beruniform Agensi Kerajaan (GO)
- Kadet Polis
- Kadet Bomba
- Kadet Remaja Sekolah (di bawah Kem. Pendidikan Malaysia)
Badan Beruniform Bukan Agensi Kerajaan (NGO)
- Pengakap
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Pandu Puteri
- Puteri Islam
Badan Beruniform Yang Diluluskan Pendaftar
- Seni Bela Diri (Taekwando & Silat)
LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018
- Super User
4 JANUARI 2018 (KHAMIS) – Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dilaksanakan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada 12.50 tengah hari. Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh En. Kamrul bin Sidek selaku timbalan setiausaha kejohanan. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu kadang kala mendung dan hujan renyai, kejohanan tetap diteruskan.
Tuan Pengetua En. Salleh b AB Bakar tetap bersemangat melepaskan pelajar untuk memulakan larian merentas desa bagi tahun 2018 ini.
Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti. Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar SMKDG.
Perasmian penutup Kejohanan Merentas Desa 2018 telah disempurnakan oleh En. Ahmad Ridzuan b Salim pegawai daripada JPNT. Seterusnya beliau turut menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah berjaya mengharumkan rumah sukan masing-masing.Juara keseluruhan Merentas desa pada kali ini adalah rumah SAAD (Merah).
HARI PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA 2018
- Super User
Pada 31 Disember 2017 telah diadakan hari pendaftaran sekolah & Asrama. Pendaftaran asrama bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. di ikuti pula dengan pendaftaran sekolah. Pendaftaran sekolah berjalan lancar dan dipantau oleh pegawai daripada unit SPI, JPNT.