PENDAFTARAN ASRAMA 2019
- Super User
Pendaftaran Asrama 2019
Tarikh. : 31/12/2018
Hari. : isnin
Masa. : 9.00 pagi.
Taklimat dr pengetua
Tempat.: Dewan Besar Sekolah
Pakaian :Baju Asrama
Yuran masa pendaftaran:
1)Tg 1 - RM 30.00
2)Tg 2 - 6 RM 100.00
BORANG PENDAFTARAN TINGKATAN SATU 2019
- Super User
Perhatian kepada calon yang berjaya ditawarkan ke tingkatan satu SMKADG bagi tahun 2019, sila download borang di bawah dan isi dengan lengkap kemudian sila bawa pada hari pendaftaran bersama-sama surat tawaran, Terima Kasih. ~ PK HEM
DOWNLOAD BORANG
RAYUAN TINGKATAN EMPAT SMKADG
- Super User
Tarikh akhir penghantaran Borang Rayuan tingkatan empat bagi pelajar yang mendapat D dalam bahasa Arab dlm PT3 ialah pada, 20 Disember 2018. Terima kasih
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3
- Super User
KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL KEPUTUSAN PT3 PADA 13/12/2018 DIWAJIBKAN MEMAKAI BAJU BATIK ASRAMA/SEKOLAH - ARAHAN PENGURUSAN SEKOLAH
TEMPAT: DEWAN IBNU KHALDUN
MASA: 10 PAGI
**Makluman** KEPERLUAN PERSEKOLAHAN PELAJAR 2019
- Super User
TINGKATAN 1,2 & 3
5 BUAH BUKU LATIHAN PANJANG 100MS
5 BUAH BUKU LATIHAN PENDEK 80MS
2 PAKET KERTAS KAJANG
4 BUAH MANAGEMENT FILE
=========
RM 26.00
=========
TINGKATAN 4&5
5 BUAH BUKU LATIHAN PANJANG 100MS
4 PAKET KERTAS KAJANG
5 BUAH MANAGEMENT FILE
=========
RM 26.00
=========
** Perlu dibeli daripada koperasi sekolah pada hari pendaftaran sekolah
KEJOHANAN TAEKWONDO KEBANGSAAN DULING 2018
- Super User
SERAMAI 500 peserta dari seluruh negara menyertai Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo kebangsaan Duling kali pertama 2018.
Pengasas kelab Taekwondo Teguh, Master Solihin berkata, objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk membantu dan melahirkan atlet berdisiplin tinggi untuk negara pada masa depan.
"Taekwondo merupakan sukan seni mempertahankan diri yang mendapat sokongan hangat daripada peserta, ibu bapa serta masyarakat.
"Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur seluruh negara.
"Ini menunjukkan taekwondo mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.
Hadir sama, Ketua Sektor. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), Tuan Haji Ngah bin Bidin.
Beliau juga gembira dengan sambutan hangat diberikan peserta walaupunmusim peperiksaan telah bermula dan berharap peserta dapat mengambil kesempatan ini dalam mempelajari teknik-teknik baru.
"Paling penting adalah semangat kesukanan dipamerkan mereka. Bukan hanya bertanding atas gelanggang tetapi dapat meningfkatkan pengetahuan dan semangat yang tinggi dalam diri masing-masing," katanya.
Sementara itu, Tuan Pengetua SMKADG, En. Salleh bin AB Bakar berkata, fungsi taekwondo tidak hanya terikat dalam mempertahankan diri semata-mata, sebaliknya ia juga seni yang mula digemari orang ramai.
“Taekwondo yang kita saksikan pada temasya ini menumpukan kepada gerak dan langkah peserta sebagai cabang seni.
“Saya melihat perkara ini sebagai satu langkah murni dalam menggiatkan lagi kecenderungan dan sokongan generasi muda dalam pemuliharaan serta penyebaran seni mempertahankan diri,” katanya.