MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2021
- Super User
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022
- Super User
26 Mei 2022 (KHAMIS) – Setelah 2 tahun ditangguhkan akhirnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah berjaya dilaksanakan. Bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada 12.50 tengah hari. Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh En. Kamrul bin Sidek selaku timbalan setiausaha kejohanan. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu kadang kala mendung dan hujan renyai, kejohanan tetap diteruskan.
Pegawai PPD En. mat Nasir Bin Deraman tetap bersemangat melepaskan pelajar untuk memulakan larian merentas desa bagi tahun 2022 ini.
Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti. Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar SMKDG.
Perasmian penutup Kejohanan Merentas Desa 2022 telah disempurnakan oleh Pn. Zulaida Bt Mat Zain (PK1). Seterusnya beliau turut menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah berjaya mengharumkan rumah sukan masing-masing.Juara keseluruhan Merentas desa pada kali ini adalah rumah SAAD (Merah).
SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI GURU 2022
- Super User
Pada 16 MEI 2022 telah dilaksanakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru peringkat sekolah.Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Agama Durian Guling begitu teruja menyambutnya,setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat PKP. Antara objektif perlaksanaan progaram yang telah tercapai ialah dapat mengeratkan hubungan antara guru -guru dan murid-murid serta warga SMKADG.
Bermula dengan perarakan guru masuk ke dewan, dan diikuti oleh pembacaan perutusan hari guru oleh wakil PPD. Selain itu juga turut diadakan acara sukaneka guru yang disertai oleh semua guru dan AKP.
Kemeriahan sambutan Hari Raya terserlah dengan semua warga SMKADG memakai baju raya yang berwarna warni serta saling salam bersalaman di antara guru dan murid. Selain itu Majlis jamuan rumah terbuka juga diadakan, pelbagai makanan tradisional disajikan untuk dinikmati oleh warga sekolah.
Selain itu,dapat mewujudkan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid seperti bekerjasama dan sikap saling bantu membantu diantara murid,bergotong royong bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
PENDAFTARAN MASUK PELAJAR ASRAMA TINGKATAN 1 & 2
- Super User
PENDAFTARAN MASUK ASRAMA UNTUK PDP SECARA BERSEMUKA TINGKATAN 1, 2 DAN RAYUAN
PENDAFTARAN ASRAMA SEKOLAH FASA 4
- Super User