page

 

26 Mei 2022 (KHAMIS) – Setelah 2 tahun ditangguhkan akhirnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah berjaya dilaksanakan. Bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada 12.50 tengah hari. Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh En. Kamrul bin Sidek selaku timbalan setiausaha kejohanan. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu kadang kala mendung dan hujan renyai, kejohanan tetap diteruskan.


Pegawai PPD En. mat Nasir Bin Deraman  tetap bersemangat melepaskan pelajar untuk memulakan larian merentas desa bagi tahun 2022 ini.
Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti. Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar SMKDG.
Perasmian penutup Kejohanan Merentas Desa 2022 telah disempurnakan oleh Pn. Zulaida Bt Mat Zain (PK1). Seterusnya beliau turut menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah berjaya mengharumkan rumah sukan masing-masing.Juara keseluruhan Merentas desa pada kali ini adalah rumah SAAD (Merah).

 

 

images

JADUAL KELAS

jadual

v.22.8.1

GALLERY

2023

  

2021

2018

VIDCO

Pautan

 

Pautan Agensi

Pautan JPN

Pengetua

92cd5478-42b1-4da8-b65f-93c8928b25d5

USTAZ NAZRI BIN NGAH

Social Media

 

google

 

BULETIN DGES

photo-2022-12-11-23-06-43

MAYA

Carian

Go to Top
JSN Epic 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework