PROGRAM GERM BUSTER
- Super User
Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berjaya mengadakan program germ buster di SMKADG pada 5 Ogos 2018. Pelajar-pelajar diberi pendedahan mengenai keselamatan makanan dari segi aspek punca-punca pencemaran makanan, simptom-simptom keracunan makanan, 7 langkah cuci tangan, panduan penyimpanan bahan mentah di peti sejuk dan panduan pemakaian pengendali makanan.
Jamuan Berbuka Puasa Peringkat Sekolah
- Super User
Pada hari Rabu 6 Jun 2018 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1439 telah diadakan suatu majlis berbuka puasa peringkat sekolah. Antara tetamu yang hadir pada hari itu ialah Pengetua, guru GPK Pentadbiran, guru GPK Hem, guru GPK Koko, wakil JPNT, wakil PIBG, Wakil polis dan semua guru-guru bersama dengan keluarga masing-masing. Selain itu, pelbagai juadah turut dihidang termasuk kuih-muih beserta dengan lauk pauk dan juga banyak lagi aneka juadah yang telah dihidang serta terdapat juga para tetamu yang secara sukarela membawa juadah dari rumah atau dari ba'azar ramadhan semata-mata untuk menambahkan lagi citarasa aneka juadah berbuka puasa pada petang tersebut. Selain guru-guru terdapat juga staf sokongan yang hadir termasuk pekerja swasta yang turut bersama menyumbang tenaga dalam menjayakan sambutan jamuan berbuka puasa pada petang hari tersebut. Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara warga sekolah.
Majlis Anugerah kecemerlangan SMKADG 2018
- Super User
MARANG, 16 Mei 2018, Majlis Graduasi seperti majlis konvokesyen di universiti yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah merupakan strategi berkesan dalam melonjakkan semangat pelajar-pelajar.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, En, Shafei bin Hassan berkata, majlis seumpama itu juga dapat mewujudkan persaingan positif dalam kalangan pelajar untuk melakukan yang terbaik.
“Ini juga sebagai tanda penghargaan selepas mereka belajar selama lima tahun di sekolah ini.
“Graduasi ini juga pendedahan awal kepada pelajar, sekurang-kurangnya mereka tahu suasana majlis konvokesyen di universiti kelak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Graduasi SMKA Durian Gulingi, baru-baru ini.
Sementara itu, Guru Penolong Kanan SMKA Durian Guling, Pn. Hafizah bt Said berkata, pelajar-pelajar yang diraikan itu telah memenuhi syarat yang ditetapkan pihak sekolah antaranya mendapat sekurang-kurangya 6A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.
“Pelajar yang terima sijil pada majlis ini telah memenuhi syarat untuk bergraduasi yang ditetapkan sekolah.
“Saya harap pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini akan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran dan menyertai konvokesyen seperti ini lagi".
Seramai 50 pelajar cemerlang diraikan dalam majlis Hari Graduasi 2018 yang diadakan di dewan sekolah. Hampir 50 orang guru serta ibu bapa hadir bagi memeriahkan majlis graduasi tersebut yang bertujuan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang SPM 2017.
Pengumuman
- Super User
Asalamualaikum.
Berikutan makluman cuti sempena keputusan PRU beberapa program kita ditangguhkan:
1. Kelas tambahan PT3, SPM dan STPM esok dan lusa - kita tangguh dulu.
2. Majlis Apresiasi yang dijadualkan pada 13 Mei , kita tunda ke 16 Mei 2018.
Pelajar asrama akan masuk asrama hari Ahad.
Mohon AJK Majlis Apresiasi mengambil tindakan ekoran perubahan tarikh majlis tersebut.
Kerjasama semua sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.
SPM 2017 : SMKA Durian Guling Sekolah Agama Terbaik Terengganu
- Super User
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling dinobatkan SMKA terbaik Negeri Terengganu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan pagi ini.
Dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.55 berbanding 3.25 pada tahun lalu, sekolah itu berada di tangga ke-11 SMKA terbaik kebangsaan.
Pengetuanya, Salleh Ab Bakar berkata, pencapaian terbaik sekolahnya berjaya menempatkan mereka di kedudukan 20 SMKA terbaik kebangsaan.
"Terima kasih kepada guru-guru yang tidak jemu mendidik. Begitu juga kerajaan negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri yang memberikan sokongan dan peruntukan kepada sekolah ini.
"Saya harap kejayaan ini menjadi motivasi kepada guru untuk terus gigih mencapai yang terbaik.
"Saya selaku pentadbir hanya membantu keperluan guru, tetapi merekalah yang bertungkus- lumus membentuk anak-anak ini," katanya ketika ditemui di sekolah pagi ini,"katanya kepada Teganukita, hari ini.
Seramai lapan pelajar sekolah itu berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran dan SMKADG juga diumumkan sekolah terbaik SPM 2017 Daerah Marang.
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Daerah Marang 2018
- Super User
*KEPUTUSAN RASMI MTQ 2018*
*Kategori Sekolah Menengah*
*Hafazan*
L : johan : SMKA DG 94
N. Johan : SMK TENGKU LELA 87
Ke3 : SMK BUKIT SAWA 83
P :johan : SMKA DG 95
N. Johan : SMK SEBERANG MRG 70
Ke3 :SMA MARANG 74
*Tilawah*
L : Johan : SMA MARANG 88
N. Johan : smka dg 78
Ke3 : smk wakaf tapai 67
P :Johan : SMA MARANG 80
N. Johan : SMKA DG 77
Ke3 : SMK BUKIT SAWA 68
*Syarahan*
L : Johan : SMKA DG
N. Johan : SMA MARANG
Ke3 : SMK RUSILA
P :johan : SMKA DG
N. Johan : SMA MARANG
Ke3 : SMK TENGKU LELA
*Nasyid*
L : Johan. : SMKA DG
N. Johan : SMA MARANG
Ke3 : SMK SEBERANG MRG
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2018
- Super User
Pada 14 Mac 2018 telah berlangsung Kejohanan Padang dan Balapan. Tahniah kepada semua rumah sukan yang bertungkus-lumus membuat persediaan perbarisan serta komitmen guru-guru dan ibu bapa yang sangat sporting.
Tahniah diucapkan kepada juara keseluruhan iaitu Rumah Saad (Merah).