dulingg

SERAMAI 500 peserta dari seluruh negara menyertai Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo kebangsaan Duling kali pertama 2018. 

Pengasas kelab Taekwondo Teguh, Master Solihin berkata, objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk membantu dan melahirkan atlet berdisiplin tinggi untuk negara pada masa depan.

"Taekwondo merupakan sukan seni mempertahankan diri yang mendapat sokongan hangat daripada peserta, ibu bapa serta masyarakat.

"Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur seluruh negara.

"Ini menunjukkan taekwondo mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Hadir sama, Ketua Sektor. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), Tuan Haji Ngah bin Bidin.

Beliau juga gembira dengan sambutan hangat diberikan peserta walaupunmusim peperiksaan telah bermula dan berharap peserta dapat mengambil kesempatan ini dalam mempelajari teknik-teknik baru.


"Paling penting adalah semangat kesukanan dipamerkan mereka. Bukan hanya bertanding atas gelanggang tetapi dapat meningfkatkan pengetahuan dan semangat yang tinggi dalam diri masing-masing," katanya.

Sementara itu, Tuan Pengetua SMKADG, En. Salleh bin AB Bakar berkata, fungsi taekwondo tidak hanya terikat dalam mempertahankan diri semata-mata, sebaliknya ia juga seni yang mula digemari orang ramai.

“Taekwondo yang kita saksikan pada temasya ini menumpukan kepada gerak dan langkah peserta sebagai cabang seni.

“Saya melihat perkara ini sebagai satu langkah murni dalam menggiatkan lagi kecenderungan dan sokongan generasi muda dalam pemuliharaan serta penyebaran seni mempertahankan diri,” katanya.



 

JADUAL KELAS

jadual

v.22.8.1

GALLERY

2023

  

2021

2018

VIDCO

Pautan

 

Pautan Agensi

Pautan JPN

Pengetua

92cd5478-42b1-4da8-b65f-93c8928b25d5

USTAZ NAZRI BIN NGAH

Social Media

 

google

 

BULETIN DGES

photo-2022-12-11-23-06-43

MAYA

Carian

Go to Top
JSN Epic 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework