dulingg

SERAMAI 500 peserta dari seluruh negara menyertai Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo kebangsaan Duling kali pertama 2018. 

Pengasas kelab Taekwondo Teguh, Master Solihin berkata, objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk membantu dan melahirkan atlet berdisiplin tinggi untuk negara pada masa depan.

"Taekwondo merupakan sukan seni mempertahankan diri yang mendapat sokongan hangat daripada peserta, ibu bapa serta masyarakat.

"Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur seluruh negara.

"Ini menunjukkan taekwondo mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Hadir sama, Ketua Sektor. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), Tuan Haji Ngah bin Bidin.

Beliau juga gembira dengan sambutan hangat diberikan peserta walaupunmusim peperiksaan telah bermula dan berharap peserta dapat mengambil kesempatan ini dalam mempelajari teknik-teknik baru.


"Paling penting adalah semangat kesukanan dipamerkan mereka. Bukan hanya bertanding atas gelanggang tetapi dapat meningfkatkan pengetahuan dan semangat yang tinggi dalam diri masing-masing," katanya.

Sementara itu, Tuan Pengetua SMKADG, En. Salleh bin AB Bakar berkata, fungsi taekwondo tidak hanya terikat dalam mempertahankan diri semata-mata, sebaliknya ia juga seni yang mula digemari orang ramai.

“Taekwondo yang kita saksikan pada temasya ini menumpukan kepada gerak dan langkah peserta sebagai cabang seni.

“Saya melihat perkara ini sebagai satu langkah murni dalam menggiatkan lagi kecenderungan dan sokongan generasi muda dalam pemuliharaan serta penyebaran seni mempertahankan diri,” katanya.



 

JADUAL KELAS

jadual

GALLERY

 

Twitter Pendidikan

afterschool_my
afterschool_my The @AirAsia Cadet Pilot Programme 2019 is NOW OPEN! If you think you've got what it takes to make your career fly, then head over to this link bit.ly/... for more info about applications. Open to SPM grads, diploma and degree holders. @tonyfernandes pic.twi...
PaduEducation
PaduEducation [ASPIRASI MURID] Dalam dunia yang semakin saling berkait, kebolehan untuk memimpin dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan adalah amat penting. pic.twi...
PaduEducation
PaduEducation AL-SULTAN ABDULLAH DIMASYHUR SEBAGAI CANSELOR UiTM Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in... www.fac...
PaduEducation
PaduEducation Tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar. www.fac...

Pautan

Pengetua

Social Media

 

 

Carian

Go to Top
Template by JoomlaShine