konvo

MARANG, 16 Mei 2018, Majlis Graduasi seperti majlis konvokesyen di universiti yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah merupakan strategi berkesan dalam melonjakkan semangat pelajar-pelajar.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, En, Shafei bin Hassan berkata, majlis seumpama itu juga dapat mewujudkan persaingan positif dalam kalangan pelajar untuk melakukan yang terbaik.

“Ini juga sebagai tanda penghargaan selepas mereka belajar selama lima tahun di sekolah ini.

“Graduasi ini juga pendedahan awal kepada pelajar, sekurang-kurangnya mereka tahu suasana majlis konvokesyen di universiti kelak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Graduasi SMKA Durian Gulingi, baru-baru ini.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan SMKA Durian Guling, Pn. Hafizah bt Said berkata, pelajar-pelajar yang diraikan itu telah memenuhi syarat yang ditetapkan pihak sekolah antaranya mendapat sekurang-kurangya 6A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

“Pelajar yang terima sijil pada majlis ini telah memenuhi syarat untuk bergraduasi yang ditetapkan sekolah.

“Saya harap pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini akan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran dan menyertai konvokesyen seperti ini lagi".

 

Seramai 50 pelajar cemerlang diraikan dalam majlis Hari Graduasi 2018 yang diadakan di dewan sekolah. Hampir 50 orang guru serta ibu bapa hadir bagi memeriahkan majlis graduasi tersebut yang bertujuan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang SPM 2017.

JADUAL KELAS

jadual

GALLERY

 

Twitter Pendidikan

PaduEducation
PaduEducation Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan Khabar Angin Berlaku Kebocoran Instrumen dan Tarikh Menduduki Semula Ujian Bertulis SPM 2018 www.fac...
PaduEducation
PaduEducation Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan KPM dan JAKIM memeterai Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz KPM. www.fac...
KemPendidikan
KemPendidikan Tahniah kepada Goh Jin Wei meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada. pic.twi...
maszlee
maszlee "It (education) is about how to unleash everybody’s best potential. We can do that. We can start small. The first step will lead to further steps." - Dr Maszlee Malik Read more at www.the... pic.twi...
KemPendidikan
KemPendidikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz KPM antara KPM dan JAKIM yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Adzman Bin Talib, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan YBhg Dato' Haji Paimuzi Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), JAKIM. pic.twi...

Pautan

Pengetua

Social Media

 

 

Carian

Go to Top
Template by JoomlaShine