https://s14.postimg.org/880lbi1w1/MDESA.jpg

4 JANUARI 2018 (KHAMIS) – Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dilaksanakan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada 12.50 tengah hari. Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh En. Kamrul bin Sidek selaku timbalan setiausaha kejohanan. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu kadang kala mendung dan hujan renyai, kejohanan tetap diteruskan.
Tuan Pengetua En. Salleh b AB Bakar tetap bersemangat melepaskan pelajar untuk memulakan larian merentas desa bagi tahun 2018 ini.
Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Olahraga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti. Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar SMKDG.
Perasmian penutup Kejohanan Merentas Desa 2018 telah disempurnakan oleh En. Ahmad Ridzuan b Salim pegawai daripada JPNT. Seterusnya beliau turut menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah berjaya mengharumkan rumah sukan masing-masing.Juara keseluruhan Merentas desa pada kali ini adalah rumah SAAD (Merah).

JADUAL KELAS

jadual

Twitter Pendidikan

afterschool_my
afterschool_my Are you an animal lover AND interested in Medicine? Veterinary Science or Veterinary Medicine could be the course for you. Veterinary is offered in very few institutions in Malaysia, so do read the following guide for more info! bit.ly/... pic.twi...
KemPendidikan
KemPendidikan Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan isu kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. @chedetofficial @drwanazizah @maszlee @TeoNieChing @MohdGazaliAbas @IsmailBakar60 pic.twi...
maszlee
maszlee Menerusi Program "Sasterawan di Universiti", semua Sasterawan akan diketengahkan dan diarusperdanakan di universiti dan masyarakat. pic.twi...
PaduEducation
PaduEducation [ANJAKAN 4 PPPM 2013-2025] Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. pic.twi...
PaduEducation
PaduEducation Revolusi Perindustrian Ke-4 (Industri 4.0) memerlukan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar daya saing dapat diperkasa. Pendedahan media massa tentang Industri 4.0 sedikit sebanyak memberi kesedaran betapa pentingnya hal ini kepada semua lapisan masyarakat. pic.twi...

Pautan

Pengetua

Social Media

 

 

Carian

Go to Top
Template by JoomlaShine